09 March, 2017

Prosedur Mengambil Keputusan SPM

Adalah dimaklumkan bahawa keputusan SPM akan diumumkan pada Khamis 16 Mac 2017. Majlis penyerahan Slip Keputusan SPM akan diadakan di Dewan Dato' Haji Azam bermula pada pukul 11 pagi.

Sehubungan dengan itu, para pelajar lepasan SPM 2016 diminta untuk hadir dengan penampilan kemas dan mematuhi perkara-perkara berikut:

Lelaki - Kemeja, seluar 'slack' dan berkasut.Rambut pendek dan tidak berwarna.
Perempuan - Baju kurung/ baju kebangsaan dan berkasut

Jeans dan selipar adalah tidak dibenarkan

Walau bagaimanapun, para pelajar batch Prodigy 2 digalakkan untuk hadir lebih awal bermula jam 9 pagi untuk urusan pengambilan sijil-sijil aktiviti ko-kurikulum, majalah sekolah dan lain-lain hal yang  berkaitan.

Untuk pengetahuan dan tindakan pelajar, anda juga boleh mendapatkan maklumat informasi peluang melanjutkan pelajaran di IPTA/IPTS di kaunter  yang telah disediakan oleh pihak IPTA/IPTS.

Harap maklum.