12 March, 2017

Kejohanan Catur KUSESS 2017

Pada 11 dan 12 Mac yang lalu, SEMESRA telah meyertai Kejohanan Catur Terbuka KUSESS bertempat di SM Sains Kuala Selangor. Seramai 13 pelajar telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini.


Bagi kategori individu, 4 orang peserta telah memperoleh kedudukan 100 terbaik iaitu Muhammad Haziq Zulkifli (25), Aizuddin Islam (46), Muhammad Anas Azman (82) dan  Aiman Akif (99) daripada 553 peserta yang bertanding.

Bagi kategori kumpulan, SEMESRA 1 (Gan Sin Yee, Muhammad Anas, HAziq Zulkilfi dan Muhammad Amir Firdaus) telah berjaya mendapat tempat ke-18 serta Anugerah Kumpulan Terbaik Bawah rating 1200. SEMESRA 2 pula menduduki tempat ke 21 manakala SEMESRA 3 menduduki tempat ke-43.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan catur sekolah atas kejayaan ini. Semoga kejayaan akan terus mengiringi pasukan catur SEMESRA.