30 March, 2011

Kejohanan Memanah SBP Kali Ke-6

Pada 24-27 Mac yang lalu, SEMESRA telah menyertai Kejohanan Memanah SBP di Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahbudin, Pulau Pinang.



Seramai 158 peserta lelaki dan 146 peserta perempuan dari 60 SBP telah mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini.

aksi peserta SEMESRA

Walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan dari segi latihan dan peralatan, peserta-peserta SEMESRA berjaya menempatkan diri di tempat yang agak membanggakan. Berikut adalah keputusan kejohanan:

Pencapaian peserta SEMESRA (Individu)
1. Nur Athirah bt Mohd Anas (64)
2. Laila Khairiah bt. Efendi (94)
3. Kamarina Hamizah bt. Kamaruzaha (124)

Keputusan keseluruhan Kejohanan

Kumpulan Lelaki
Johan: SDAR
N. Johan: SM Agama Persekutuan Labu
Ketiga: SBPI Gombak

Kumpulan Perempuan
Johan: SM Agama Persekutuan Labu
N. Johan: SM Sains Kuala Lumpur
Ketiga: Kolej Tunku Kurshiah

Tahniah diucapkan kepada pasukan memanah SEMESRA. Diharapkan agar latihan dapat diteruskan dan dipertingkatkan supaya dapat mencapai kejayaan yang lebih baik di kejohanan akan datang.


pasukan memanah SEMESRA bersama guru-guru pengiring

29 March, 2011

Kejohanan Bola Tampar Daerah Rembau


pasukan Perempuan Bawah 15 bersama guru-guru pengiring

Tahniah diucapkan kepada pasukan bola tampar perempuan Bawah 15 SEMESRA kerana berjaya mendapat tempat ketiga di dalam Kejohanan Bola Tampar Peringkat Daerah Rembau yang telah diadakan hari ini.

Kejohanan ini telah diadakan di dua buah sekolah iaitu SMK Hj Mohd Yatim (Tuan rumah kepada pasukan lelaki) dan SMK Dato' Undang Hj Adnan (Tuan rumah kepada pasukan perempuan). SEMESRA telah menghantar 2 pasukan iaitu Lelaki Bawah 15 dan Perempuan Bawah 15 untuk mengambil bahagian.

Berikut adalah keputusan-keputusan perlawanan:

Pasukan Perempuan
1. SEMESRA vs SMK Dato' Sedia Raja
Menang 30-15

2. SEMESRA vs SMK Undang Rembau
Menang 30-13 } Menjadi Johan Kumpulan A

3. SEMESRA vs SM Agama Pedas
Kalah 7-30

Keputusan Akhir
Johan: SMK Dato' Undang Haji Adnan
N. Johan: SM Agama Pedas
Ketiga: SEMESRA

Pasukan Lelaki
1. SEMESRA vs SM Agama Pedas
Kalah 21-30

2. SEMESRA vs SMK Dato' Undang Hj Adnan B
Kalah 21-30

3. SEMESRA vs Yayasan Sofa
Menang 30-24

Keputusan Akhir
Johan: SMK Dato' Undang Hj Adnan A
N. Johan: SMK Dato' Undang Hj Adnan B

Tahniah sekali lagi kepada pasukan perempuan Bawah 15. Kepada pasukan lelaki, tahniah di atas kesungguhan yang ditunjukkan. Semoga lebih berjaya di masa hadapan.

28 March, 2011

Pertandingan Kadet Polis Daerah Rembau

Pada 23 Mac yang lalu, SEMESRA telah menghantar pasukan kadet polis wanita yang diketuai oleh Sdr Nur Izzati bt Zainal Abidin untuk mengambil bahagian di dalam pertandingan kawat kaki di peringkat daerah Rembau.

Seramai 22 ahli pasukan telah ke Ibu Pejabat Daerah Rembau dimana pertandingan ini telah dijalankan. Selain SEMESRA, sebanyak 6 platun lelaki dan 5 platun wanita dari sekolah-sekolah daerah Rembau telah mengambil bahagian di dalam pertandingan ini.


semasa kawat pemeriksaan

Berikut adalah keputusan pertandingan:

Johan: SM Sains Rembau
N. Johan: SMK Agama Pedas
Ke-3: SMT Dato' Lela Maharaja
Ketua Platun Terbaik: Nur Izzati bt Zainal Abidin (SEMESRA)


aksi johan

Syabas diucapkan kepada pasukan kadet polis wanita SEMESRA. Semoga pasukan ini akan terus menempa kejayaan di peringkat negeri kelak.

27 March, 2011

Kejohanan Petanque Angkasa Peringkat Negeri 2011

Pada 26 Mac yang lalu, telah diadakan satu Kejohanan Petanque Angkasa Peringkat Negeri di Padang Petanq Majlis Sukan Negara, Negeri Sembilan. Sebanyak 118 penyertaan yang terdiri daripada koperasi sekolah dan koperasi dewasa yang didaftarkan untuk kejohanan ini.

SEMESRA telah menghantar 2 pasukan yang diketuai oleh Sdr Muhd Al-Afnan untuk kategori lelaki dan wanita.

Berikut adalah keputusan perlawanan:

Pasukan Lelaki
1. SEMESRA vs SMK Tunku Muhammad, Kuala Pilah
Menang 9 - 8

2. SEMESRA vs SMK Taman Tuanku Jaafar
Tewas 6 - 9

3. SEMESRA vs SMK Dato Yusof, Linggi
Tewas 8-9



aksi SEMESRA semasa bertemu SMK Tunku Muhammad

Pasukan Wanita
1. SEMESRA vs SMK Juasseh
Menang 9-7

2. SEMESRA vs SMK Dato' Hj Abdul Samad, Port Dickson
Menang 9-4


aksi pasukan wanita

Dengan dua kemenangan ini, pasukan wanita telah menjadi Johan Kumpulan E. Perlawanan seterusnya menemukan SEMESRA dengan SMA Rembau. SEMESRA menang 9-6. Perlawanan seterusnya adalah menentang SMK Pendeta Zaaba. SEMESRA menang 11-7.

Pusingan seterusnya meletakkan SEMESRA berhadapan dengan SMK Serting Hilir Kompleks yang merupakan johan bertahan kejohanan ini. SEMESRA tewas 1 -13. Kekalahan ini meletakkan SEMESRA di kedudukan 3 atau 4. Bagi menentukan kedudukan, SEMESRA telah bertemu SM Teknik Dato' Lela Maharaja dan keputusannya SEMESRA berjaya mendapat tempat ketiga dengan mata 8 -7.


sesi penyampaian hadiah kepada pemenang

Syabas diucapkan kepada pasukan petanque sekolah. Semoga kejayaan ini akan menjadi pendorong semangat untuk mencapai kedudukan yang lebih baik di masa hadapan.

Mesyuarat PIBG Kali Pertama

Pada 11 Mac yang lalu, telah diadakan satu mesyuarat PIBG yang pertama bagi Sekolah Menengah Sains Rembau. Perasmi bagi mesyuarat agung kali ini ialah YB Zaifulbahri bin Idris, ADUN Kawasan Chembong.


kedatangan YB disambut oleh YDP PIBG dan Pengetua Cemerlang SEMESRA

Mesyuarat bermula pada pukul 3 petang apabila para ibubapa dan penjaga yang hadir mendaftar kehadiran di kaunter-kaunter mengikut kelas anak-anak mereka.


kaunter kelas

Satu kaunter khas juga telah dibuka oleh Pusat Sumber Sekolah (PSS) bagi ibubapa yang membawa buku untuk disumbangkan kepada perpustakaan sekolah sempena Program Satu Keluarga Satu Buku.


kaunter PSS


YDP mempengerusikan mesyuarat


antara ibubapa yang hadir

Antara perkara-perkara penting yang telah diputuskan semasa mesyuarat kali ini ialah:
1. Kenaikan sumbangan PIBG dari RM30 ke RM 100 untuk semua tingkatan
2. Kenaikan yuran kecemerlangan untuk semua tingkatan. Jumlah yuran kecemerlangan yang terkini adalah seperti yang berikut:
Tingkatan 1 dan 2 = RM100
Tingkatan 3 dan 4 = RM 200
Tingkatan 5 = RM 250

Terima kasih diucapkan kepada ibubapa yang hadir memberikan sokongan kepada pihak sekolah dalam usaha membentuk budaya cemerlang di SEMESRA. Sesungguhnya peranan ibubapa adalah penting dalam memastikan kecemerlangan anak-anak. Semoga dengan adanya sokongan ibubapa dan guru yang padu, para pelajar SEMESRA akan terus cemerlang dalam pelbagai bidang.

26 March, 2011

Lawatan Penanda Aras Koperasi Sek. Men. Sains Rembau Bhd

Pada 22 - 24 Mac yang lalu, koperasi sekolah telah mengadakan lawatan penanda aras ke Terengganu. Lawatan ini telah melibatkan 9 orang guru berserta 31 orang ALK dan AJK Koperasi sekolah.

Lawatan penanda aras ini melibatkan 2 sekolah iaitu SMK Sultan Sulaiman dan SM Imtiaz, Kuala Terengganu. Kedua-dua sekolah ini dipilih kerana mempunyai koperasi yang berjaya dan telah berjaya mendapat pengiktirafan dari pelbagai pihak.

Sekolah pertama yang dilawati ialah SMK Sultan Sulaiman. Sekolah ini pernah meraih kejayaan-kejayaan yang membanggakan seperti Johan Kuiz Koperasi Kebangsaan, Anugerah Guru Koperasi Cemerlang dan sebagainya.


bergambar bersama para pelajar SMK Sulaiman

Seterusnya, rombongan ini ke SM Imtiaz untuk melihat bagaimana koperasi mereka beroperasi. Semasa di sana, tuan rumah turut membuat tayangan dan memberi penerangan tentang aktiviti-aktiviti koperasi sekolah mereka kepada rombongan SEMESRA.


bersama para pelajar SM Imtiaz

Selain daripada itu, rombongan koperasi sekolah juga telah berkesempatan untuk melawat tempat-tempat yang menjadi tumpuan pelawat ke Terengganu seperti Pasar Payang, Noor Arfa Batik, pantai Batu Buruk dan sebagainya.


Noor Arfa Batik


pantai Batu Buruk


Pasar Payang

Rombongan ini juga berkesempatan untuk singgah sebentar di SM Sultan Ahmad Shah (SEMSAS) untuk melawat Pn. Roslina Abd Aziz yang dahulunya PK Ko-kurikulum SEMESRA. Terubatlah seketika rindu kepada beliau yang kini berkhidmat sebagai PK HEM SEMSAS.

bergambar kenangan bersama Pn Roslina

Tahniah diucapkan kepada Koperasi Sekolah kerana berjaya menganjurkan lawatan seumpama ini. Diharapkan agar segala ilmu yang telah dipelajari di sekolah-sekolah yang telah dilawati akan dapat memberi manfaat kepada koperasi sekolah. Semoga koperasi SEMESRA akan terus maju dimasa hadapan demi kebaikan sekolah.

24 March, 2011

Lawatan Penanda Aras ke Lombok, Indonesia

Pada 16-20 Mac yang lalu, satu rombongan yang telah diketuai oleh Pengetua Cemerlang SEMESRA, Dato' Hj Azam bin Md Atan berserta 6 guru dan 10 pelajar telah mengadakan satu rombongan penanda aras ke Lombok, Indonesia.

Rombongan ini berpeluang untuk melawat 2 sekolah di Lombok dan kedatangan mereka telah disambut meriah oleh pihak sekolah di sana.


Pengetua Cemerlang SEMESRA disambut oleh salah seorang pelajar di sana


persembahan kebudayaan Indonesia

Rombongan SEMESRA berpeluang untuk melawat kawasan sekolah dan bilik-bilik khas di SMAN1 dan SMAN 5. Mereka juga berpeluang untuk beramah mesra dan bertukar-tukar pandangan dengan warga sekolah yang dilawati.

SEMESRA juga telah memeterai satu perjanjian persefahaman dengan SMAN 5 dimana sekolah itu merancang untuk melakukan satu kunjungan balas ke SEMESRA pada bulan Mei 2011.


bergambar kenangan bersama warga sekolah yg dilawati

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada rombongan penanda aras SEMESRA. Semoga lawatan ini dapat membantu SEMESRA dalam menjadi sebuah sekolah bertaraf antarabangsa.

21 March, 2011

Laporan Misi Kemanusiaan ke Vietnam dan Kemboja

Alhamdulillah rombongan misi kemanusiaan SEMESRA telah pun selamat pulang ke tanahair pada 19 haribulan yang lalu apabila pesawat mereka selamat tiba di tanahair pada pukul 7.30 malam. Dengan rasa penuh syukur, ahli-ahli rombongan ini ingin mengucapkan terima kasih atas segala doa dan sumbangan yang telah diberikan bagi menjayakan misi ini.



gambar kumpulan rombongan misi kemanusiaan ke Vietnam dan Kemboja

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Y.A.B. Menteri Besar Negeri Sembilan, Haji Ahmad, guru-guru SEMESRA, para pelajar SEMESRA, keluarga pelajar-pelajar SEMESRA serta orang-perseorangan yang telah memberikan sumbangan ikhlas dalam membantu misi kemanusiaan ini.

Hasil daripada sumbangan-sumbangan ini, misi kemanusiaan SEMESRA berjaya membina sebanyak 2 perigi bernilai USD 500, mengadakan kenduri untuk penduduk-penduduk kampung Islam yang dilawati (USD 1000), bersedekah kepada 2 masjid (USD 820), bersedekah kepada Kg Trapuing Air, Siem Reap (USD 400), Kg Chnnang, Phnom Penh (USD 300) dan Kg Cham 5, Phnom Penh (USD 400).


menyampaikan sumbangan bagi pihak penderma

Selain daripada itu, misi ini juga telah berjaya menyedekahkan 500kg beras, telekung, baju-baju, kain batik dan kain pelikat, coklat, biskut, muqadam serta alat tulis kepada penduduk-penduduk kampung Islam yang dilawati.


mengagihkan barang-barang kepada yang memerlukan

Terima kasih diucapkan kepada Sek. Men. Sains Alam Shah (ASiS) yang telah menganjurkan misi yang cukup bermakna ini. Tahniah kepada semua peserta misi kemanusiaan ini yang telah berjaya membantu mereka yang amat memerlukan pertolongan.

Semoga usaha baik ini akan dapat diteruskan di masa hadapan dan diharap agar SEMESRA akan terus dapat menyumbang tenaga, masa, wang dan keringat untuk misi-misi sebegini.

15 March, 2011

MTAQ Peringkat Daerah Rembau

Pada 10 Mac yang lepas, telah diadakan MTAQ peringkat daerah Rembau di SMK Undang Rembau. SEMESRA telah menghantar wakil untuk menyertai pertandingan-pertandingan yang diadakan seperti syarahan, nasyid, tilawah dan sebagainya.


kontingen sekolah ke MTAQ Daerah

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

Untuk kategori tilawah, kedua-dua peserta SEMESRA telah berjaya menduduki tempat ke 3. SEMESRA telah diwakili oleh Sdr Najmuddin dan Sdr Akhsya Athirah dalam pertandingan ini.

Untuk kategori hafazan, wakil SEMESRA Muhammad Ammar Safa telah berjaya mendapat tempat ketiga manakala wakil perempuan Sdr Annur Faleyana telah berjaya mendapat tempat saguhati.

Untuk kategori syarahan pula, SEMESRA yang diwakili oleh Siti Nur Anisah untuk kategori perempuan telah berjaya muncul sebagai johan daerah Rembau. Beliau seterusnya akan mewakili daerah Rembau di dalam MTAQ Peringkat Negeri yang akan diadakan di SEMESRA tidak lama lagi.

Peserta-peserta yang lain telah memberikan persembahan yang terbaik namun mereka gagal untuk mendapat tempat.

Walaubagaimanapun, sekalung penghargaan diucapkan kepada kontingen sekolah yang telah berlatih bersungguh-sungguh untuk menghadapi pertandingan ini. Syabas atas kesungguhan yang telah ditunjukkan demi menaikkan nama sekolah.

14 March, 2011

Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh Zon Selatan

Pada 7-10 Mac yang lalu, telah diadakan Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh Zon Selatan yang ke-38 di SBP Integrasi Jempol, Negeri Sembilan.

Pada HKSBP Zon Selatan kali ini, ia hanya melibatkan pasukan-pasukan bola keranjang kerana pasukan debat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan terus ke peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Kolej Tunku Kurshiah pada bulan Mei nanti.

SEMESRA telah menghantar pasukan bola keranjang sekolah ke kejohanan ini dan ini merupakan kali pertama pasukan bola keranjang SEMESRA menyertai HKSBP ini sebagai peserta. Tahun lalu, SEMESRA hanya menghantar pasukan pemerhati memandangkan pasukan bola keranjang sekolah adalah masih baru.

Pasukan lelaki telah diletakkan di dalam kumpulan C bersama-sama dengan SMS Kota Tinggi dan SBPI Jempol manakala pasukan perempuan pula berada di dalam kumpulan F bersama-sama dengan SMS Tuanku Jaafar, SBPI Selandar dan SMS Johor.



antara aksi pasukan lelaki SEMESRA


aksi pasukan perempuan SEMESRA

Keputusan penuh perlawanan:

Lelaki

SEMESRA VS SAKTI Keputusan: SEMESRA 5 ; SAKTI 33

SEMESRA VS SBPI JEMPOL Keputusan: SEMESRA 22 ; SBPI JEMPOL 8

* Melayakkan SEMESRA ke suku akhir. Setelah undian, SEMESRA akan bertemu SDAR di suku akhir

Suku Akhir
SEMESRA VS SDAR Keputusan: SEMESRA 19 ; SDAR 43

Perempuan

SEMESRA VS SBPI SELANDAR Keputusan: SEMESRA 9 ; SELANDAR 26

SEMESRA VS SM SAINS JOHOR Keputusan: SEMESRA 16 ; SN JOHOR 19

SEMESRA VS STJ Keputusan: SEMESRA 16 ; STJ 22


KEPUTUSAN AKHIR KEJOHANAN

Perempuan
Johan: STF
N. Johan: SMAP LABU
Ke-3: SAKTI
Ke-4: M0ZAC

Lelaki
Johan: SDAR
N. Johan: SBPI SELANDAR
Ke-3: MOZAC
Ke-4: SAKTI

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada pasukan bola keranjang sekolah. Walaupun tidak berjaya mendapat tempat namun pasukan sekolah telah berjaya membuktikan SEMESRA mampu memberikan saingan walaupun masih setahun jagung.

Semoga pengalaman ini akan dapat dijadikan pendorong dan titik tolak kepasa pasukan bola keranjang sekolah untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik lagi di kejohanan yang akan datang.

11 March, 2011

Lawatan Staf dan AJK PIBG ke SBPSK, Cyberjaya

Pada 9 Mac yang lalu, staf-staf dan juga wakil PIBG SEMESRA berkesempatan untuk melawat Bahagian SBPSK di Cyberjaya. Bas SEMESRA selamat tiba di Cyberjaya pada pukul 4.00 petang dan kedatangan kami telah disambut oleh pegawai-pegawai Bahagian ini.

Untuk taklimat awal, Tn. Hj Kholil bin Mohammad, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Kemanusiaan dan Kepimpinan SBPSK telah menyampaikan sedikit taklimat mengenai tujuan dan peranan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) diwujudkan. Beliau menyatakan bahawa para guru SEMESRA adalah amat bertuah kerana berada di dalam satu sistem yang istimewa yang diilhamkan untuk melahirkan pemimpin-pemimpin bertaraf dunia.



Selepas taklimat beliau, Puan Ashah bt Samah, Pengarah Bahagian Pengurusan SBPSK pula menyampaikan sedikit pesanan dan harapan beliau terhadap SEMESRA. Beliau berharap agar SEMESRA dapat bergerak ke arah menobatkan diri sebagai salah satu Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Beliau kemudiannya memberi penerangan ringkas bagaimana status ini dapat dicapai oleh SEMESRA. Memandangkan masa yang tidak mengizinkan, beliau tidak dapat memberi penjelasan yang terperinci mengenai hal ini. Beliau menyatakan hasrat beliau untuk berkunjung ke SEMESRA untuk memberi penjelasan yang lebih panjang lebar agar SEMESRA dapat sebaris dengan sekolah-sekolah berprestasi tinggi yang lain.



Sebelum pulang, pihak sekolah dan juga wakil PIBG menyampaikan sedikit cenderamata kepada beliau dan Tn. Hj Kholil sebagai tanda penghargaan.



Ahli rombongan SEMESRA juga berkesempatan untuk mengambil gambar dengan beliau serta pegawai-pegawai yang lain.



Terima kasih diucapkan kepada Pn. Ashah bt Samah yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama beramah mesra dengan staf-staf SEMESRA. Semoga dipanjangkan usia dan diruangkan waktu agar beliau dapat berkunjung ke sekolah untuk memberi penerangan yang lebih lanjut kepada pihak sekolah demi mencapai kecemerlangan.


bergambar kenangan di pintu hadapan SBPSK

10 March, 2011

Kriket SBP Zon Selatan

Pada 2 - 5 Mac yang lalu, SEMESRA telah menghantar pasukan kriket sekolah ke Kejohanan Kriket Piala Tan Sri Hamzah bagi SBP Zon Selatan di SM Sains Kota Tinggi (SAKTI), Johor.


pasukan kriket sekolah

Pada perlawanan pertama, SEMESRA telah bertemu dengan SBPI Selandar dan SBPIS telah berjaya memenangi perlawanan ini dengan 121 larian.


aksi pemain SEMESRA dan SBPIS

Pada perlawanan kedua, SEMESRA telah bertemu dengan Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) dan SDAR telah berjaya memenangi perlawanan ini dengan 10 wicket.

Bagi keputusan akhir, tuan rumah bagi kejohanan ini iaitu SAKTI telah berjaya menjadi johan kriket SBP Zon Selatan. Tahniah diucapkan.

Sekalung penghargaan dan tahniah juga diucapkan kepada pasukan kriket sekolah yang telah berlatih bersungguh-sungguh untuk membuat persedian bagi kejohanan ini. Diharapkan agar pengalaman ini akan dapat dijadikan titik tolak untuk berjaya dimasa hadapan.

08 March, 2011

Kejohanan Hoki SBP Zon Selatan

Pada 23- 27 Februari yang lalu, SEMESRA telah menghantar pasukan hoki sekolah ke Kejohanan Hoki Sekolah Berasrama Penuh Zon Selatan di Melaka. Tuan rumah untuk kejohanan ini adalah SM Sains Muzaffar Syah.



Pasukan hoki lelaki telah bertemu dengan SBPI Jempol pada pusingan pertama. Pasukan sekolah telah tewas dengan kedudukan 0-2. Pada pusingan kedua, SEMESRA teleh bertemu dengan SM Dato' Abdul Razak. Malangnya, sekali lagi pasukan hoki SEMESRA tewas dengan jaringan 1-2.

Bagi pasukan hoki perempuan, mereka telah bertemu dengan Kolej Tunku Kurshiah pada pusingan pertama. Pasukan sekolah telah dikalahkan dengan jaringan 0-9. Walaubagaimanapun, prestasi pasukan hoki ini bertambah baik pada pusingan kedua semasa bertemu SMS Kota Tinggi, Johor. Namun, ia masih belum lagi dapat memberikan kemenangan kepada pasukan sekolah. SEMESRA tewas dengan jaringan 0-2.



Terima kasih diucapkan kepada pasukan hoki yang telah sedaya upaya berusaha untuk mengharumkan nama sekolah. Semoga pasukan hoki SEMESRA akan dapat menggunakan pengalaman sepanjang kejohanan ini untuk beraksi dengan lebih baik di kejohanan hoki peringkat daerah Rembau kelak.

07 March, 2011

Selamat Pengantin Baru

Tahniah diucapkan kepada pasangan guru SEMESRA iaitu En. Mozaidi Mokhtar dan Pn. Nur Ajlia Mohd Azam yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan mereka.

Majlis resepsi di rumah pengantin perempuan ini telah dilangsungkan pada 26 Februari yang lalu bertempat di Kampung Mengkan, Jelebu Negeri Sembilan manakala majlis resepsi pengantin lelaki pula diadakan pada 5 Mac 2011 di Rembau.


pasangan pengantin bersama sebahagian pelajar yang sempat bersama-sama meraikan hari istimewa mereka

Seluruh warga sekolah mengucapkan selamat pengantin baru kepada kedua-dua mempelai dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Misi Kemanusiaan ke Kemboja dan Vietnam

Sekolah Menengah Sains Alam Shah akan menganjurkan satu misi kemanusiaan ke Kemboja dan Vietnam pada bulan Mac ini. Peluang ini telah dibuka kepada semua SBP yang berminat dan SEMESRA telah mengambil peluang keemasan ini untuk turut serta.

Selain SEMESRA, terdapat 6 buah sekolah SBP yang lain seperti SMS Tuanku Jaafar, Sekolah Alam Shah, SMS Puteri yang turut serta dalam rombongan ini.

Rombongan misi kemanusiaan SEMESRA ini melibatkan 2 guru dan 6 pelajar. Mereka akan berangkat ke Vietnam dan Kemboja pada 14-19 Mac ini.

Antara aktiviti yang akan dilakukan oleh misi kemanusiaan ini termasuklah mengecat masjid, membuat perigi, melawat 3 kampung Islam di Kemboja dan 1 kampung Islam di Vietnam serta bersedekah kepada mufti kerajaan Vietnam dan Kemboja.

Ibubapa dan penjaga SEMESRA yang berhasrat untuk memberikan zakat atau sedekah kepada fakir miskin di Vietnam dan Kemboja adalah amat dialu-alukan. Zakat atau sedekah ini boleh disalurkan kepada tabung yang akan disediakan pada hari Mesyuarat PIBG nanti.

Semoga segala usaha dan niat murni kita akan terus diberkati Allah. Amin

02 March, 2011

Mesyuarat PIBG dan Program Satu Keluarga Satu Buku

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat PIBG Kali Kedua akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 11 Mac 2011
Hari: Jumaat
Masa: 3.00 petang

Semua ibubapa adalah dijemput hadir untuk membincangkan hal-hal berkaitan anak-anak di SEMESRA.

Selain daripada itu, adalah diwar-warkan bahawa Pusat Sumber Sekolah (PSS) telah melancarkan Program Satu Keluarga Satu Buku. Program ini adalah untuk menambahkan koleksi buku yang sedia ada di PSS. Memandangkan PSS SEMESRA masih lagi baru, buku-buku yang sedia ada belum lagi dapat menampung keperluan para pelajar di sini.

Oleh itu, setiap keluarga diminta untuk menyumbang sebuah buku baru untuk kegunaan para pelajar. Buku yang dipilih haruslah bersesuaian.

Buku yang dibawa bolehlah diserahkan semasa pendaftaran Mesyuarat PIBG nanti.

Terima kasih atas perhatian anda.

01 March, 2011

Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Sekolah

Pada hari Khamis yang lalu bersamaan 24 Februari telah diadakan Majlis Tadarus Al-Quran (MTAQ) peringkat sekolah. Pertandingan ini diadakan untuk memilih peserta sekolah yang akan mewakili SEMESRA ke peringkat daerah yang akan berlangsung pada minggu hadapan.

Terdapat 11 acara yang telah dipertandingkan mengikut rumah. Antaranya ialah nasyid, khat jawi, Tilawah Al-Quran, hafazan, syarahan dan sebagainya.


Kumpulan Berzanji dan Marhaban Johan Pahlawan



Peserta hafazan Kelana Petra


Kumpulan nasyid Akhirul Zaman


Peserta khat Lela Maharaja

Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah diadakan semasa perhimpunan rasmi semalam.

Dalam ucapan perasmian penutup MTAQ Peringkat Sekolah, Pengetua Cemerlang SEMESRA Dato' Hj Azam b. Md Atan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang. Beliau mengharapkan agar para pemenang yang akan menjadi wakil sekolah dapat memberikan yang terbaik didalam pertandingan tersebut dan seterusnya mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah Rembau.



Seterusnya, Ustaz Mohmed Rozeli b. Yahya selaku Ketua Panitia Pendidikan Islam tampil untuk membacakan keputusan setiap pertandingan.



Pengetua Cemerlang SEMESRA telah berkenan untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.


penyampaian hadiah kepada para pemenang

Senarai penuh keputusan pertandingan:

Tilawah Al-Quran (L)
Johan: Abdullah Umar (JP)
N. Johan: Iqbal Haziqy (AZ)
Ke-3: Ahmad Afiq (LM)

Tilawah Al-Quran (P)
Johan: Husna Abd. Rahim (JP)
N. Johan: Normaliana Mahsum (KP)
Ke-3: Nurshamimi Hamdan (LM)

Hafazan (L)
Johan: Arif Adzahar (AZ)
N. Johan: Muhammad Rafiq Rezza (LM)
Ke-3: Izzul Fikri (KP)

Hafazan (P)
Johan: Norhazlina Mohd Hatta (JP)
N. Johan: Siti Maisarah (AZ)
Ke-3: Nurul Izzureen (KP)

Berzanji dan Marhaban (L)
Johan: Kelana Petra
N. Johan: Johan Pahlawan
Ke-3: Akhirul Zaman
Rawi Terbaik: Mohd Zharfan Nafiq (AZ)

Berzanji dan Marhaban (P)
Johan: Johan Pahlawan
N. Johan: Kelana Petra
Ke-3: Akhirul Zaman
Rawi Terbaik: Siti Aisha Fadzil (JP)

Nasyid (L)
Johan: Johan Pahlawan
N. Johan: Kelana Petra
Ke-3: Lela Maharaja
Vokal Terbaik: Mohd Afif Rahman (AZ)
Persembahan Terbaik: Johan Pahlawan

Nasyid (P)
Johan: Akhirul Zaman
N. Johan: Johan Pahlawan
Ke-3: Lela Maharaja
Solo Terbaik: Nursyazwani Mohd Yusof (KP)
Persembahan Terbaik: Akhirul Zaman

Syarahan (L)
Johan: Amirul Farid Abd Malek (AZ)
N. Johan: Mohd Rashid Redha (LM)
Ke-3: Faris Amirul Kamal Redhuan (JP)

Syarahan (P)
Johan: Siti Nur Anisah (AZ)
N. Johan: Nurul Afiqah Azizan (LM)
Ke-3 : Ain Norshahira Sahzan Amir (KP)

Khat Jawi (L)
Johan: Razin Abdul Rashid (AZ)
N. Johan: Muhammad Atif Haziq (KP)
Ke-3: Muhammad Izmeer Mohd Jafrey (LM)

Khat Jawi (P)
Johan: Nurfarah Syahirah Muhd Khalid (JP)
N. Johan: Puteri Norsyahida Megat Mohd (LM)
Ke-3: Intan Nabilah Hazuki (AZ)

Johan Keseluruhan: Akhirul Zaman

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Semoga kejayaan ini akan dapat dijadikan sebagai pendorong untuk berusaha dengan lebih baik lagi diperingkat daerah nanti. Seluruh warga SEMESRA mendoakan agar semua pemenang yang akan mewakili SEMESRA akan terus mendapat kejayaan yang lebih gemilang, insyaAllah.