21 March, 2011

Laporan Misi Kemanusiaan ke Vietnam dan Kemboja

Alhamdulillah rombongan misi kemanusiaan SEMESRA telah pun selamat pulang ke tanahair pada 19 haribulan yang lalu apabila pesawat mereka selamat tiba di tanahair pada pukul 7.30 malam. Dengan rasa penuh syukur, ahli-ahli rombongan ini ingin mengucapkan terima kasih atas segala doa dan sumbangan yang telah diberikan bagi menjayakan misi ini.



gambar kumpulan rombongan misi kemanusiaan ke Vietnam dan Kemboja

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Y.A.B. Menteri Besar Negeri Sembilan, Haji Ahmad, guru-guru SEMESRA, para pelajar SEMESRA, keluarga pelajar-pelajar SEMESRA serta orang-perseorangan yang telah memberikan sumbangan ikhlas dalam membantu misi kemanusiaan ini.

Hasil daripada sumbangan-sumbangan ini, misi kemanusiaan SEMESRA berjaya membina sebanyak 2 perigi bernilai USD 500, mengadakan kenduri untuk penduduk-penduduk kampung Islam yang dilawati (USD 1000), bersedekah kepada 2 masjid (USD 820), bersedekah kepada Kg Trapuing Air, Siem Reap (USD 400), Kg Chnnang, Phnom Penh (USD 300) dan Kg Cham 5, Phnom Penh (USD 400).


menyampaikan sumbangan bagi pihak penderma

Selain daripada itu, misi ini juga telah berjaya menyedekahkan 500kg beras, telekung, baju-baju, kain batik dan kain pelikat, coklat, biskut, muqadam serta alat tulis kepada penduduk-penduduk kampung Islam yang dilawati.


mengagihkan barang-barang kepada yang memerlukan

Terima kasih diucapkan kepada Sek. Men. Sains Alam Shah (ASiS) yang telah menganjurkan misi yang cukup bermakna ini. Tahniah kepada semua peserta misi kemanusiaan ini yang telah berjaya membantu mereka yang amat memerlukan pertolongan.

Semoga usaha baik ini akan dapat diteruskan di masa hadapan dan diharap agar SEMESRA akan terus dapat menyumbang tenaga, masa, wang dan keringat untuk misi-misi sebegini.

0 comments: