26 March, 2011

Lawatan Penanda Aras Koperasi Sek. Men. Sains Rembau Bhd

Pada 22 - 24 Mac yang lalu, koperasi sekolah telah mengadakan lawatan penanda aras ke Terengganu. Lawatan ini telah melibatkan 9 orang guru berserta 31 orang ALK dan AJK Koperasi sekolah.

Lawatan penanda aras ini melibatkan 2 sekolah iaitu SMK Sultan Sulaiman dan SM Imtiaz, Kuala Terengganu. Kedua-dua sekolah ini dipilih kerana mempunyai koperasi yang berjaya dan telah berjaya mendapat pengiktirafan dari pelbagai pihak.

Sekolah pertama yang dilawati ialah SMK Sultan Sulaiman. Sekolah ini pernah meraih kejayaan-kejayaan yang membanggakan seperti Johan Kuiz Koperasi Kebangsaan, Anugerah Guru Koperasi Cemerlang dan sebagainya.


bergambar bersama para pelajar SMK Sulaiman

Seterusnya, rombongan ini ke SM Imtiaz untuk melihat bagaimana koperasi mereka beroperasi. Semasa di sana, tuan rumah turut membuat tayangan dan memberi penerangan tentang aktiviti-aktiviti koperasi sekolah mereka kepada rombongan SEMESRA.


bersama para pelajar SM Imtiaz

Selain daripada itu, rombongan koperasi sekolah juga telah berkesempatan untuk melawat tempat-tempat yang menjadi tumpuan pelawat ke Terengganu seperti Pasar Payang, Noor Arfa Batik, pantai Batu Buruk dan sebagainya.


Noor Arfa Batik


pantai Batu Buruk


Pasar Payang

Rombongan ini juga berkesempatan untuk singgah sebentar di SM Sultan Ahmad Shah (SEMSAS) untuk melawat Pn. Roslina Abd Aziz yang dahulunya PK Ko-kurikulum SEMESRA. Terubatlah seketika rindu kepada beliau yang kini berkhidmat sebagai PK HEM SEMSAS.

bergambar kenangan bersama Pn Roslina

Tahniah diucapkan kepada Koperasi Sekolah kerana berjaya menganjurkan lawatan seumpama ini. Diharapkan agar segala ilmu yang telah dipelajari di sekolah-sekolah yang telah dilawati akan dapat memberi manfaat kepada koperasi sekolah. Semoga koperasi SEMESRA akan terus maju dimasa hadapan demi kebaikan sekolah.