08 March, 2011

Kejohanan Hoki SBP Zon Selatan

Pada 23- 27 Februari yang lalu, SEMESRA telah menghantar pasukan hoki sekolah ke Kejohanan Hoki Sekolah Berasrama Penuh Zon Selatan di Melaka. Tuan rumah untuk kejohanan ini adalah SM Sains Muzaffar Syah.



Pasukan hoki lelaki telah bertemu dengan SBPI Jempol pada pusingan pertama. Pasukan sekolah telah tewas dengan kedudukan 0-2. Pada pusingan kedua, SEMESRA teleh bertemu dengan SM Dato' Abdul Razak. Malangnya, sekali lagi pasukan hoki SEMESRA tewas dengan jaringan 1-2.

Bagi pasukan hoki perempuan, mereka telah bertemu dengan Kolej Tunku Kurshiah pada pusingan pertama. Pasukan sekolah telah dikalahkan dengan jaringan 0-9. Walaubagaimanapun, prestasi pasukan hoki ini bertambah baik pada pusingan kedua semasa bertemu SMS Kota Tinggi, Johor. Namun, ia masih belum lagi dapat memberikan kemenangan kepada pasukan sekolah. SEMESRA tewas dengan jaringan 0-2.



Terima kasih diucapkan kepada pasukan hoki yang telah sedaya upaya berusaha untuk mengharumkan nama sekolah. Semoga pasukan hoki SEMESRA akan dapat menggunakan pengalaman sepanjang kejohanan ini untuk beraksi dengan lebih baik di kejohanan hoki peringkat daerah Rembau kelak.