07 March, 2011

Misi Kemanusiaan ke Kemboja dan Vietnam

Sekolah Menengah Sains Alam Shah akan menganjurkan satu misi kemanusiaan ke Kemboja dan Vietnam pada bulan Mac ini. Peluang ini telah dibuka kepada semua SBP yang berminat dan SEMESRA telah mengambil peluang keemasan ini untuk turut serta.

Selain SEMESRA, terdapat 6 buah sekolah SBP yang lain seperti SMS Tuanku Jaafar, Sekolah Alam Shah, SMS Puteri yang turut serta dalam rombongan ini.

Rombongan misi kemanusiaan SEMESRA ini melibatkan 2 guru dan 6 pelajar. Mereka akan berangkat ke Vietnam dan Kemboja pada 14-19 Mac ini.

Antara aktiviti yang akan dilakukan oleh misi kemanusiaan ini termasuklah mengecat masjid, membuat perigi, melawat 3 kampung Islam di Kemboja dan 1 kampung Islam di Vietnam serta bersedekah kepada mufti kerajaan Vietnam dan Kemboja.

Ibubapa dan penjaga SEMESRA yang berhasrat untuk memberikan zakat atau sedekah kepada fakir miskin di Vietnam dan Kemboja adalah amat dialu-alukan. Zakat atau sedekah ini boleh disalurkan kepada tabung yang akan disediakan pada hari Mesyuarat PIBG nanti.

Semoga segala usaha dan niat murni kita akan terus diberkati Allah. Amin