31 December, 2017

Makluman Pendaftaran Tingkatan 2, 3, 4 dan 5

Untuk makluman warga SEMESRA,

Pendaftaran bagi pelajar-pelajar Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 1 Januari 2018
Hari: Isnin
Masa: 2.00 petang
Tempat: Dewan Dato' Haji Azam

 

Mohon perhatian dan tindakan semua. Terima kasih.

Perutusan Terakhir Bonda Pengetua

Assalamualaikum wm wbt dan Salam Sejahtera,

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas segala bentuk bantuan yang telah diberikan semasa saya menjalankan tugas. Sokongan dan kerjasama dari ibu bapa dan penjaga memudahkan pentadbiran sekolah.

Teruskan memberi kerjasama kepada pengetua baru dalam pengurusan sekolah dalam usaha membawa SEMESRA ke persada antarabangsa.

Ampun maaf atas segala salah silap.

Norzila binti Idris
Bersara mulai 1 Januari 2018

Terima Kasih Bonda Pengetua


Selamat bersara diucapkan kepada Puan Hajah Norzila binti Idris, pengetua SEMESRA. Terima kasih atas segala pengorbanan dan sumbangan yang diberikan kepada SEMESRA hingga SEMESRA berjaya mencapai pelbagai kejayaan sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.

Puan Hajah Norzila merupakan pengetua yang kedua bagi SEMESRA.  Beliau memulakan tugas sebagai pengetua SEMESRA pada Jun 2011 dan menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam pada 1 Januari 2018 selepas berkhidmat selama 34 tahun.

Terima kasih bonda pengetua. Semoga Allah akan terus merahmati dan mengurniakan kesihatan kepada bonda dan keluarga. Doakan SEMESRA untuk terus cemerlang dan menempa nama sehingga ke persada antarabangsa.

Nota: Untuk makluman warga SEMESRA, majlis persaraan bonda pengetua akan dibuat pada 4 Januari 2018. Mohon perhatian dan tindakan semua pihak.

14 December, 2017

Tahniah Valedictorian 3!

Tahniah diucapkan kepada batch Valedictorian Cycle 3 atas kejayaan cemerlang mereka dalam keputusan  PT3 yang telah diumumkan pada hari ini. Seramai 10 pelajar berjaya mendapat straight A pada tahun ini.

 
 
 
 

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar Tingkatan 3 atas kejayaan ini. Semoga ia akan menjadi perangsang untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang seterusnya.

13 December, 2017

Makluman Terkini Penyerahan Slip Keputusan PT3 2017

Untuk makluman pelajar-pelajar Tingkatan 3, berikut adalah makluman terkini mengenai Majlis Penyerahan Slip Keputusan PT3:



Terima kasih atas perhatian dan tindakan semua.

06 December, 2017

Penyerahan Slip Keputusan PT3 2017

Majlis penyerahan slip keputusan PT3 bagi tahun 2017 akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 14 Disember 2017
Hari: Khamis:
Masa: 10 pagi
Tempat: Foyer

Diminta pelajar - pelajar memakai pakaian kemas.

Lelaki: Tshirt berkolar/kemeja, seluar slack, sandal/kasut. Sila tuck in baju.
Perempuan: Baju kurung/blouse dan seluar slack, sandal/kasut.

Jeans, tshirt tidak berkolar dan selipar tidak dibenarkan.

Terima kasih atas kerjasama semua.

Makluman Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh 2017

Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) akan diadakan bermula pada 11 - 14 Disember ini. Mohon semua calon untuk merujuk tarikh pada surat masing-masing. 

Semua calon yang akan menduduki ujian ini di SM Sains Rembau dikendaki untuk memakai pakaian kemas. Anda tidak perlu memakai uniform sekolah.

Sekian, harap maklum.

06 November, 2017

Good Luck Extroverts II!

Hari ini bermulalah peperiksaan SPM bagi batch Extrovert Cycle 2. Seluruh warga SEMESRA mendoakan kejayaan anda semua. Buat yang terbaik!

02 November, 2017

Lawatan SMA Negeri 1, Padang

Pada 30 Oktober yang lalu SEMESRA telah didatangi oleh delegasi SMA Negeri 1, Padang Indonesia. Delegasi ini terdiri daripada guru-guru serta anak-anak pelajar SMA Negeri 1. Mereka berada di bumi SEMESRA bermula pada 30 Oktober sehingga 1 November 2017.


 
 

Kedua-dua sekolah telah mengambil kesempatan ini untuk bertukar-tukar fikiran semasa sesi perkongsian dan sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas. Beberapa subjek seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Biologi dan lain-lain telah dipilih untuk sesi perkongsian pintar ini.

 

Malam Selasa pula telah diadakan Malam Kebudayaan bagi kedua-dua sekolah. Pelbagai persembahan menarik telah dipersembahkan kepada penonton pada malam tersebut.

 
 
 
 
 

Delegasi Padang ini telah bertolak pulang pada keesokan harinya padap pukul 2 petang. Terima kasih diucapkan kepada SMA Negeri1, Padang atas kesudian melawat SEMESRA. Semoga kita akan berjumpa lagi dalam lawatan balas pada tahun hadapan.

30 October, 2017

Pertandingan Petrosains Science Show 2017 Peringkat Kebangsaan

Tahniah! Tahniah! Tahniah diucapkan kepada Amiera Athirah dan Abdul Haziq  yang telah berjaya muncul Johan Pertandingan Petrosains Science Show Peringkat Kebangsaan baru-baru ini. Pasukan ini telah dibimbing oleh Puan Azrina.

Kejayaan ini melayakkan mereka memenangi hadiah wang tunai serta lawatan ke Tokyo, Jepun.


Sesungguhnya kejayaan ini menjadi kebanggaan warga SEMESRA dan diharap akan menjadi perangsang kepada yang lain untuk mencapai kejayaan yang sama atau lebih baik lagi di masa akan datang. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada pasukan Petrosains.

29 October, 2017

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin SPM

Pada 28 Oktober yang lalu telah diadakan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin bagi pelaja-pelajar Tingkatan 5 yang akan menduduki SPM mulai 6 November depan.

Majlis ini telah dikendalikan oleh Ustaz Shahiful Izuan dan Ustaz Shahizam.

 

Majlis berakhir pada pukul 11 pagi

20 October, 2017

Ingatan mengenai Peraturan Sekolah

Untuk makluman dan tindakan warga SEMESRA,

Berikut merupakan peringatan mengenai peraturan yang perlu dipatuhi untuk kebaikan bersama. 



Terima kasih atas kerjasama semua pihak.

16 October, 2017

Permohonan Kemasukan ke Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dibuka sekarang

Untuk makluman semua,

Permohonan online bagi murid-murid Tahun 6 yang berminat untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh sudah dibuka.

Untuk memohon, sila layari https://sst1.moe.gov.my/. Permohonan dibuka mulai 16 Oktober sehingga 19 November 2017.

Harap maklum.

09 October, 2017

Takwim Oktober dan November 2017

Untuk makluman semua,

Dipaparkan takwim terkini bagi bulan Oktober dan November untuk makluman dan perhatian tuan/puan.
 
Sekian, harap maklum

Semoga Berjaya Valedictorian III!

Hari ini para pelajar Tingkatan 3 akan memulakan PT3 mereka. Seluruh warga SEMESRA telah sama-sama memberikan kata-kata semangat sebelum pelajar-pelajar ini melangkahkan kaki mereka ke dalam dewan peperiksaan.

 
 
 
 
 
 
  

Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar yang dapat hadir untuk sama-sama mengiringi pelajar-pelajar ini ke dewan.

Good luck Valeds 3! Semoga dapat menjawab soalan dengan baik dan seterusnya mencapai kejayaan 10A dalam PT3!

06 October, 2017

Majlis Redha Ilmu PT3

Hari ini telah diadakan Majlis Redha Ilmu bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan pada Isnin ini.

Majlis ini telah dikendalikan oleh Puan Mezah Hazril selaku Penyelaras Peperiksaan Tingkatan 3. Beliau telah membacakan peratura-peraturan yang perlu diikuti oleh pelajar-pelajar sepanjang PT3 berlangsung. 


Seterusnya Pengetua SEMESRA memberikan ucapan beliau. Dalam ucapan beliau, beliau menasihati para pelajar untuk menjaga kelakuan dan kesihatan sepanjang minggu peperiksaan. Beliau juga mendoakan agar pelajar-pelajar Tingkatan 3 akan mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan ini.


Majlis diteruskan dengan pemberian alat tulis kepada ketua-ketua tingkatan selaku wakil para pelajar yang lain.


Seluruh warga SEMESRA mendoakan agar batch Valedictorian III akan berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan ini.

01 October, 2017

Kejohanan Bola Jaring SBP Peringkat Kebangsaan 2017

Tahniah diucapkan kepada pasukan Bola Jaring sekolah yang telah berjaya muncul Johan bagi Kategori Kumpulan Gangsa dalam Kejohanan Bola Jaring SBP Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Gua Musang baru-baru ini.


Lebih membanggakan apabila Fadhlin Jeslina dianugerahkan dengan piala Penjaring Terbanyak kejohanan. 


Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan bola jaring serta guru-guru pembimbing. Semoga pasukan bola jaring akan terus cemerlang di peringkat kebangsaan.