19 May, 2017

Takwim Mei 2017

Untuk makluman warga SEMESRA,

Berikut dipaparkan takwim bagi bulan Mei untuk tindakan semua.


Sekian, harap maklum.

05 May, 2017

Jadual Bertugas Warden Mei 2017

Untuk makluman semua,

Dipaparkan Jadual Bertugas Warden bagi bulan Mei untuk makluman dan tindakan tuan/puan.


Sekian, harap maklum.

04 May, 2017

Pertandingan Pidato Peringkat Negeri 2017

Tahniah diucapkan kepada Muhammad Amir Aqqim bin Mohd Nizam (4 A) yang berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Pidato Peringkat Negeri yang telah diadakan pada hari ini Khamis bersamaan 4 Mei 2017. Pertandingan ini telah diadakan di SMK Sedia Raja, Rembau.


Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Aqqim atas kejayaan yang sangat cemerlang ini.

Kejohanan Catur MSS Daerah Rembau 2017

Pasukan catur SEMESRA telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Catur MSS Daerah Rembau yang bermula pada 3 hingga 4 Mei 2017. 

Alhamdulillah, pasukan catur SEMESRA telah berjaya memberi saingan hebat kepada peserta-peserta dari sekolah-sekolah di Rembau.

Pasukan Lelaki B18 telah muncul Johan nanakala pasukan lelaki B15 dan Perempuan B18 telah berjaya mendapat tempat ketiga.

Bagi acara individu pula, Haziq Zulkifli telah berjaya menjadi Johan dalam kategori Lelaki B18 sementara Aizudin Islam pula mendapat tempat kelima. Muhd Afifi Fauzan pula mendapat tempat kelima bagi kategori Lelaki B15 manakala Khairunisa pula mendapat tempat ke-6 bagi kategori Perempuan B15.


Tahniah pasukan catur SEMESRA! Semoga pencapaian ini akan menjadi pendorong untuk pasukan catur sekolah mencapai kejayaan yang lebih gemilang.

01 May, 2017

Kejohanan Hoki HKSBP Kebangsaan 2017

Pada 28 April sehingga 1 Mei 2017, telah berlangsung Kejohanan Hoki HKSBP Kebangsaan di Stadium Hoki Seremban 2 dan Sekolah Sukan Zaaba, Kuala Pilah. SEMESRA telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini.


Alhamdulillah, pasukan hoki lelaki SEMESRA telah berjaya menjadi Johan Divisyen Silver apabila menewaskan SM Sains Kota Tinggi dengan kemenangan 2-0 melalui pukulan penalti selepas seri 0-0. Tahniah diucapkan kepada Black Stallion atas kejayaan ini. Semoga akan terus cemerlang dan mengharumkan nama SEMESRA dalam sukan hoki ini.

Malam Cinta Rasul

Pada hari Ahad yang lepas Panitia Pendidikan Agama Islam dengan kerjasama BADAR SEMESRA telah menganjurkan Malam Cinta Rasul.

Majlis ilmu tersebut telah diadakan pada pukul 9 malam di Dewan Dato' Haji Azam dan penceramah jemputan ialah Encik Ahmad Shukery bin Azizan (Tarbiyyah Sentap).


Alhamdulillah dan terima kasih atas penganjuran ini. Semoga majlis-majlis ilmu sebegini akan terus dianjurkan oleh pihak BADAR dan panitia Pendidikan Islam demi kebaikan bersama.