27 May, 2017

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2017

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik telah diadakan pada 26 Mei bersamaan Jumaat yang lalu bertempat di Dewan Dato' Haji Azam. SEMESRA berbesar hati mengalu-alukan kedatangan dan kesudian Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Tuan Pkharuddin bin Hj Ghazali untuk menyampaikan hadiah kepada penerima-penerima anugerah.


Dalam ucapan perasmian beliau, Tuan Pkharuddin mengingatkan para pelajar untuk mencari potensi diri masing-masing dan seterusnya menggunakan kelebihan tersebut untuk berjaya dalam hidup. Beliau juga berpesan agar sentiasa menimba ilmu untuk terus bersaing dalam zaman yang semakin mencabar ini.


Beliau seterusnya telah menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar yang mencapai kejayaan cemerlang dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2016 serta PT3 2016. Guru-guru juga diberi penghargaan atas sumbangan mereka meningkatkan gred purata mata pelajaran yang diajar.

antara penerima-penerima anugerah

Dalam majlis ini, Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan bagi PT3 telah diberikan kepada Abdul Hadi bin Abdul Razak.


Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga akan terus cemerlang dalam akademik dan menjadi pendorong kepada yang pelajar-pelajar yang lain untuk sama-sama mencapai kecemerlangan.