01 May, 2017

Kejohanan Hoki HKSBP Kebangsaan 2017

Pada 28 April sehingga 1 Mei 2017, telah berlangsung Kejohanan Hoki HKSBP Kebangsaan di Stadium Hoki Seremban 2 dan Sekolah Sukan Zaaba, Kuala Pilah. SEMESRA telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini.


Alhamdulillah, pasukan hoki lelaki SEMESRA telah berjaya menjadi Johan Divisyen Silver apabila menewaskan SM Sains Kota Tinggi dengan kemenangan 2-0 melalui pukulan penalti selepas seri 0-0. Tahniah diucapkan kepada Black Stallion atas kejayaan ini. Semoga akan terus cemerlang dan mengharumkan nama SEMESRA dalam sukan hoki ini.