27 March, 2011

Mesyuarat PIBG Kali Pertama

Pada 11 Mac yang lalu, telah diadakan satu mesyuarat PIBG yang pertama bagi Sekolah Menengah Sains Rembau. Perasmi bagi mesyuarat agung kali ini ialah YB Zaifulbahri bin Idris, ADUN Kawasan Chembong.


kedatangan YB disambut oleh YDP PIBG dan Pengetua Cemerlang SEMESRA

Mesyuarat bermula pada pukul 3 petang apabila para ibubapa dan penjaga yang hadir mendaftar kehadiran di kaunter-kaunter mengikut kelas anak-anak mereka.


kaunter kelas

Satu kaunter khas juga telah dibuka oleh Pusat Sumber Sekolah (PSS) bagi ibubapa yang membawa buku untuk disumbangkan kepada perpustakaan sekolah sempena Program Satu Keluarga Satu Buku.


kaunter PSS


YDP mempengerusikan mesyuarat


antara ibubapa yang hadir

Antara perkara-perkara penting yang telah diputuskan semasa mesyuarat kali ini ialah:
1. Kenaikan sumbangan PIBG dari RM30 ke RM 100 untuk semua tingkatan
2. Kenaikan yuran kecemerlangan untuk semua tingkatan. Jumlah yuran kecemerlangan yang terkini adalah seperti yang berikut:
Tingkatan 1 dan 2 = RM100
Tingkatan 3 dan 4 = RM 200
Tingkatan 5 = RM 250

Terima kasih diucapkan kepada ibubapa yang hadir memberikan sokongan kepada pihak sekolah dalam usaha membentuk budaya cemerlang di SEMESRA. Sesungguhnya peranan ibubapa adalah penting dalam memastikan kecemerlangan anak-anak. Semoga dengan adanya sokongan ibubapa dan guru yang padu, para pelajar SEMESRA akan terus cemerlang dalam pelbagai bidang.