11 March, 2011

Lawatan Staf dan AJK PIBG ke SBPSK, Cyberjaya

Pada 9 Mac yang lalu, staf-staf dan juga wakil PIBG SEMESRA berkesempatan untuk melawat Bahagian SBPSK di Cyberjaya. Bas SEMESRA selamat tiba di Cyberjaya pada pukul 4.00 petang dan kedatangan kami telah disambut oleh pegawai-pegawai Bahagian ini.

Untuk taklimat awal, Tn. Hj Kholil bin Mohammad, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Kemanusiaan dan Kepimpinan SBPSK telah menyampaikan sedikit taklimat mengenai tujuan dan peranan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) diwujudkan. Beliau menyatakan bahawa para guru SEMESRA adalah amat bertuah kerana berada di dalam satu sistem yang istimewa yang diilhamkan untuk melahirkan pemimpin-pemimpin bertaraf dunia.



Selepas taklimat beliau, Puan Ashah bt Samah, Pengarah Bahagian Pengurusan SBPSK pula menyampaikan sedikit pesanan dan harapan beliau terhadap SEMESRA. Beliau berharap agar SEMESRA dapat bergerak ke arah menobatkan diri sebagai salah satu Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Beliau kemudiannya memberi penerangan ringkas bagaimana status ini dapat dicapai oleh SEMESRA. Memandangkan masa yang tidak mengizinkan, beliau tidak dapat memberi penjelasan yang terperinci mengenai hal ini. Beliau menyatakan hasrat beliau untuk berkunjung ke SEMESRA untuk memberi penjelasan yang lebih panjang lebar agar SEMESRA dapat sebaris dengan sekolah-sekolah berprestasi tinggi yang lain.



Sebelum pulang, pihak sekolah dan juga wakil PIBG menyampaikan sedikit cenderamata kepada beliau dan Tn. Hj Kholil sebagai tanda penghargaan.



Ahli rombongan SEMESRA juga berkesempatan untuk mengambil gambar dengan beliau serta pegawai-pegawai yang lain.



Terima kasih diucapkan kepada Pn. Ashah bt Samah yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama beramah mesra dengan staf-staf SEMESRA. Semoga dipanjangkan usia dan diruangkan waktu agar beliau dapat berkunjung ke sekolah untuk memberi penerangan yang lebih lanjut kepada pihak sekolah demi mencapai kecemerlangan.


bergambar kenangan di pintu hadapan SBPSK