17 March, 2017

Majlis Penyerahan Slip Peperiksaan SPM 2016

Tahniah diucapkan kepada 37 orang pelajar yang telah berjaya mendapat straight 9A's dalam SPM 2016. Keputusan SPM 2016 telah diumumkan pada 16 Mac iaitu hari Khamis bertempat di Dewan Dato' Haji Azam, SEMESRA.

Dengan pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 2.19, beberapa panitia telah berjaya meningkatkan prestasi subjek masing-masing iaitu panitia Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik Tambahan dan Biologi.


Tahniah diucapkan kepada batch Prodigy 2 atas kejayaan ini. Semoga keputusan yang diperolehi menjadi perangsang kepada diri sendiri dan juga pelajar-pelajar yang lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik. 

Warga SEMESRA mengucapkan selamat maju jaya dan akan sentiasa mendoakan agar kejayaan akan terus dikecapi oleh batch Prodigy 2 tidak kira di mana jua mereka berada. Semoga batch Prodigy 2 akan terus cemerlang di dunia dan akhirat.