03 October, 2011

Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Pengetua SEMESRA

Satu majlis ringkas telah diadakan pada pagi ini bagi menyambut hari kelahiran Pengetua Kanan SEMESRA, Puan Hjh Norzila bt Hj Idris. Majlis ini telah diadakan semasa perhimpunan pagi di Dataran Perhimpunan.

Selepas bacaan doa, Puan Pengetua dengan diiringi oleh Penolong Kanan Hj Baharudin bin Husin telah dijemput untuk memotong pulut kuning sebagai simbolik majlis sambutan ini. Seluruh warga sekolah telah sama-sama menyanyikan lagu 'Allah Selamatkan Bonda' semasa upacara ini berlangsung.



upacara memotong pulut kuning

Seterusnya, telah diadakan sedikit upacara penyampaian hadiah bagi memperingati hari ulang tahun Bonda Hjh Norzila bt. Hj Idris.


saudari Izzati menyampaikan hadiah bagi pihak pelajar SEMESRA


Ustaz Haikal sebagai wakil kakitangan akademik dan bukan akademik sekolah


Penolong Kanan, Hj Baharudin sebagai wakil pengurusan

Di dalam ucapan beliau, Puan Pengetua melahirkan rasa terharu atas ingatan para pelajar dan guru dan seterusnya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas ingatan ini.



Selamat Hari Ulang Tahun diucapkan kepada Pengetua Kanan SEMESRA Puan Hjh Norzila bt. Hj Idris. Semoga dirahmati Allah dan dibukakan pintu-pintu rezeki hendaknya. Amin