25 June, 2011

Majlis Penutup Hari Koperasi Sekolah 2011

Majlis Penutup bagi Hari Koperasi Sekolah 2011 telah berjaya disempurnakan pada hari Jumaat yang lepas. Semua guru dan pelajar telah sama-sama berkumpul di Dewan Besar Dato' Azam bagi majlis penutup ini.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan perutusan yang disempurnakan oleh Majlis Tertinggi Kepimpinan Pelajar. Selepas tiga perutusan selamat dibacakan, majlis seterusnya menjemput Puan Pengetua untuk menyampaikan ucapan beliau dan seterusnya menutup Hari Koperasi Sekolah SEMESRA bagi tahun 2011.

Kemudian, satu majlis penyampaian hadiah telah diadakan bagi kesemua pemenang-pemenang bagi pertandingan-pertandingan yang telah dijalankan sepanjang Hari Koperasi.

antara penerima-penerima hadiah

Rumah Johan Pahlawan telah dinobatkan sebagai rumah terbaik keseluruhan sepanjang Hari Koperasi. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua ahli rumah Johan Pahlawan.

Selepas selesai majlis di dewan, majlis seterusnya mempersilakan Puan Pengetua untuk ke sayap kiri dewan untuk upacara penanaman pokok.



Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang telah sama-sama terlibat dalam menjayakan Hari Koperasi Sekolah tahun 2011. Semoga koperasi sekolah akan terus melakar kejayaan demi kepentingan bersama.