24 June, 2011

Lawatan SMP Negeri 1 Padang, Indonesia

Pada 22 Jun yang lepas, SEMESRA telah dikunjungi oleh SMP 1 Padang Indonesia. Lawatan dari delegasi sekolah ini yang terdiri daripada 60 pelajar dan 5 guru telah diberi sambutan meriah oleh seluruh warga SEMESRA.


sambutan bunga manggar


khusyuk menyaksikan persembahan silat

Lawatan mereka sepanjang 3 hari 2 malam ini telah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Bagi melicinkan urusan aktiviti mereka di sini, setiap pelajar dari Padang ini telah diberi seorang pegawai seranta yang terdiri daripada para pelajar Tingkatan 2.


ice-breaking antara pegawai-pegawai seranta dan para pelajar dari Padang

Sepanjang tempoh lawatan, para pelajar Padang ini telah berpeluang untuk sama-sama mengikuti P&P di kelas-kelas. Antara subjek yang terlibat termasuklah kelas Bahasa Jepun, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Geografi.

kelas Sains

kelas Bahasa Inggeris

Selain daripada menghadiri kelas, para pelajar dari kedua-dua sekolah juga telah berkesempatan untuk mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan.



Pada sebelah malamnya pula, telah diadakan Malam Kebudayaan yang menampilkan persembahan-persembahan menarik dari kedua-dua sekolah.



persembahan daripada para pelajar Padang

Pada malam itu juga, pengetua dari kedua-dua sekolah telah bersetuju untuk menandatangani memorendum persefahaman bagi mengeratkan lagi persahabatan antara kedua-dua sekolah.


majlis menandatangani memorendum persefahaman

Setelah bertamu di SEMESRA selama 2 malam, tibalah masanya untuk pelawat-pelawat ini untuk bertolak pulang. Mereka dijadualkan untuk meneruskan perjalanan mereka ke Singapura.




Selamat jalan diucapkan dan semoga delegasi ini akan selamat sampai ke destinasi yang dituju. Semoga persahabatan yang terjalin ini akan terus utuh dan berkekalan hendaknya.