14 June, 2011

Kedatangan Pengetua Baru SEMESRA

Warga SEMESRA mengalu-alukan kedatangan pengetua baru iaitu Pn. Hajah Norzila bt. Hj Idris ke SEMESRA. Beliau yang sebelum ini bertugas di SMK Seri Perpatih telah pun melaporkan diri sebagai Pengetua SEMESRA yang kedua pada 1 Jun yang lalu.

Pada hari Isnin yang lepas, beliau telah dapat bersama-sama dengan warga SEMESRA yang lain dalam perhimpunan rasmi sekolah.



Beliau dalam ucapan mengharapkan agar semua pihak dapat bekerja bersama-sama dalam memastikan kejayaan sekolah. Beliau menekankan bahawa kejayaan akademik perlu diberi keutamaan kerana ia akan dapat menentukan masa depan para pelajar.

Tahniah diucapkan kepada Puan Pengetua atas lantikan ini. Semoga SEMESRA akan terus maju di bawah pimpinan beliau.