14 April, 2013

Pertandingan Syair dan Deklamasi Sajak 2013

Pertandingan Syair dan Deklamasi Sajak Peringkat Daerah telah diadakan pada 9 April yang lalu di SMK (ERT) Dato' Undang Haji Muhammad Sharip. SEMESRA telah menghantar 2 peserta bagi menyertai pertandingan ini.



Dalam pertandingan Deklamasi Sajak, peserta SEMESRA telah berjaya mendapat tempat ketiga manakala bagi pertandingan syair, peserta SEMESRA hanya berjaya mendapat sijil penyertaan.


Tahniah kepada kedua-dua peserta yang telah berjaya memberikan persembahan yang baik dalam pertandingan tersebut. Diharapkana agar pengalaman ini akan dapat dijadikan pedoman dalam memastikan SEMESRA berada di tempat yang baik dalam pertandingan sebegini pada tahun hadapan.

0 comments: