14 April, 2013

Pertandingan Seni Tarian Tradisional Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Ke-3

Pada 8 hingga 12 April 2013 yang lalu, SEMESRA telah menghantar satu pasukan tarian yang diberi nama Kumpulan Sanggar Minang ke Perkampungan Seni Tarian Tradisional Malaysia Peringkat Kebangsaan yang telah dianjurkan oleh SM Sains Labuan.

Pasukan sekolah yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan Satu dan Dua ini telah menyertai Pertandingan Tarian Kreatif Ethnik Asia. Dalam pertandingan ini, pasukan sekolah telah berjaya mendapat tempat keempat dan memenangi Anugerah Khas Juri.

 sesi latihan

selepas persembahan

Sekalung tahniah diucapkan kepada Kumpulan Sanggar Minang atas kejayaan ini. Semoga pasukan ini akan terus menempa nama dalam pertandingan-pertandingan akan datang.