20 April, 2013

Minggu Bahasa dan Minggu Pusat Sumber 2013

Minggu Bahasa dan Minggu Pusat Sumber telah diadakan sepanjang 15 April sehingga 19 April yang lalu. Ia telah dirasmikan oleh Pengetua Kanan SEMESRA Pn. Hjh Norzila binti Idris.


Pelbagai pertandingan dan aktiviti kebahasaan telah diadakan bagi tujuan mencungkil bakat pelajar dalam aktiviti kebahasaan. Bagi Minggu Pusat Sumber pula, pelbagai aktivit telah dijalankan dalam usaha membentuk masyarakat berilmu.

Antara aktiviti-aktiviti Minggu Bahasa yang telah dijalankan termasuklah Pertandingan SAHIBBA, Pertandingan Membina Kata-kata Hikmat, Bahas, Pertandingan Pantun dan lain-lain lagi. Pusat Sumber SEMESRA juga tidak ketinggalan dalam menganjurkan pertandingan-pertandingan menarik seperti Pertandingan Sudut NILAM, Pertandingan Buku Skrap, Pertandingan Info Hunt serta Pertandingan Mencipta Logo PSS.

Antara gambar-gambar pertandingan yang sempat dirakamkan sepanjang Minggu Bahasa dan Minggu PSS.

Bahas
 Laluan Iqra'
Pertandingan Sahibba

Tahniah diucapkan kepada Pusat Sumber Sekolah dan Panitia Bahasa Melayu kerana berjaya menganjurkan Minggu tersebut. Tahniah juga diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah mengambil bahagian dalam memeriahkan lagi minggu tersebut.

Semoga Minggu Bahasa dan Minggu Pusat Sumber ini telah berjaya menanamkan sifat sukakan ilmu dikalangan para pelajar SEMESRA.