23 April, 2011

Pertandingan Bola Keranjang Antara Rumah

Satu pertandingan bola keranjang antara rumah telah dianjurkan oleh Pasukan Bola Keranjang SEMESRA sepanjang 5-16 April yang lalu. Pertandingan ini telah diadakan semasa waktu riadah mengikut kelapangan jadual pelajar.

Perlawanan ini bertujuan untuk mencari pemain pelapis bagi pasukan bola keranjang sekolah. Selain daripada itu, pertandingan ini bertujuan untuk melatih para pemain sekolah yang sedia ada dalam menguruskan satu-satu pertandingan.

Setiap rumah dikehendaki menghantar 2 pasukan lelaki dan 2 pasukan perempuan. Setiap pasukan diwajibkan untuk mempunyai wakil setiap tingkatan.

aksi pasukan perempuan

aksi pasukan lelaki

Berikut adalah keputusan pertandingan:

Kategori Perempuan

Johan: LM1
N. Johan: AZ 2


Kategori Lelaki



Johan: AZ 2
N. Johan: AZ 1

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan tidak lupa juga kepada Pasukan Bola Keranjang SEMESRA yang telah berjaya menganjurkan pertandingan ini.