19 April, 2011

Ujian Menembak Kor Kadet Polis Daerah Rembau 2011

Pada Ahad yang lepas, SEMESRA telah menghantar 25 kadet polis sekolah untuk satu Ujian Menembak Kor Kadet Polis Daerah Rembau. Ujian ini telah diadakan di Lapang Sasar Mantin, N. Sembilan dari pukul 7.20 pagi hingga 3 petang.

Semua pelajar telah diberi peluang untuk menggunakan senjata M16 dan diberikan 20 butir peluru untuk ujian ini. Dua pelajar SEMESRA telah berjaya melayakkan diri ke peringkat 10 Penembak terbaik.

Dua orang pelajar yang dimaksudkan ialah:
1. Mohd Shahmi bin Shaharudin 5B
2. Mohd Ikram bin Hanafi 5F

Keputusan akhir telah menobatkan Mohd Shahmi sebagai penembak terbaik dalam ujian tersebut manakala Mohd Ikram berjaya mendapat tempat ketiga. Tahniah diucapkan.



Mohd Shahmi menerima hadiah


Mohd Ikram, tempat ke 3 terbaik

0 comments: