09 April, 2011

Kejohanan Tenpin Boling MSSNS 2011

Pada 6-8 April yang lalu telah berlangsung Kejohanan Tenpin Boling MSSNS di Ampang Bowl, Seremban Parade. SEMESRA telah menghantar 2 pasukan Bawah 15 dan 2 pasukan Bawah 18 ke kejohanan ini.


Pasukan lelaki dan perempuan bawah 15

Pasukan bawah 15 telah bertanding pada 6 April dan berikut adalah keputusan perlawanan:

Lelaki Bawah 15
Terdapat 27 pasukan yang telah bertanding dalam kategori ini. Dengan jatuhan pin 2900, SEMESRA telah muncul johan daerah dan mendapat nombor 7 peringkat negeri.

Perempuan Bawah 15
21 pasukan telah bertanding dalam kategori ini dan dengan jatuhan pin sebanyak 2624, pasukan ini telah berjaya menjadi johan daerah dan mendapat nombor 4 peringkat negeri. Satu pasangan bergu SEMESRA juga telah berjaya mendapat tempat 7 dari 10 tempat terbaik.


aksi pemain pasukan bawah 15

Pasukan Bawah 18 pula telah bertanding pada keesokan harinya iaitu pada 7 April 2011.


pasukan bawah 18

Berikut adalah keputusan bagi kategori Bawah 18.

Lelaki Bawah 18
33 pasukan telah bertanding dan SEMESRA berjaya muncul johan daerah dan mendapat tempat ke 6 peringkat negeri dengan jatuhan pin 3305. Seorang pemain boling Bawah 18 SEMESRA iaitu Muhammad Hafizul Asyraf berjaya mendapat tempat ke 8 individu terbaik dalam kejohanan ini.

Perempuan Bawah 18
Untuk kategori ini, terdapat 26 pasukan yang telah sama-sama memeriahkan kejohanan ini. Dengan jatuhan pin 2863, SEMESRA sekali lagi muncul sebagai johan daerah dan mendapat tempat ke 4 negeri.

Pasangan bergu Amirah dan Nadira pula telah berjaya mendapat tempat 3 terbaik di dalam kejohanan ini. Amirah juga telah berjaya mendapat tempat ke 8 individu terbaik negeri.


aksi pasukan bawah 18

Dua daripada pemain boling SEMESRA iaitu Muhammad Hafizul Asyraf dan Amirah Syahmi telah berjaya ke peringkat play-off yang telah diadakan pada 8 April untuk pemilihan wakil negeri. Kedua-dua pemain berjaya memperbaiki kedudukan mereka di dalam senarai 10 pemain terbaik negeri walaupun tidak berjaya mewakili negeri ke kejohanan peringkat MSSM.

Tahniah diucapkan kepada pasukan boling sekolah. Semoga kejayaan ini dapat menjadi pembakar semangat untuk terus berjaya di peringkat yang lebih tinggi.