03 May, 2013

Lawatan Penandarasan SBPI Kubang Pasu

Pada hari Khamis yang lalu bersamaan 2 Mei 2013, SEMESRA telah menerima lawatan penandarasan daripada SBPI Kubang Pasu, Kedah. Rombongan ini telah diketuai oleh Pengetua SBPI Kubang Pasu sendiri iaitu Encik Baharudin bin Osman. 

Setibanya di bumi SEMESRA, rombongan ini telah dibawa ke Bilik Mesyuarat untuk sedikit sesi taklimat.

Pengetua SBPI Kubang Pasu menandatangani Buku Pelawat

Dalam ucapan alu-aluan, Pengetua Kanan SEMESRA Pn. Hjh Norzila binti Idris mengucapkan terima kasih atas kesudian SBPI Kubang Pasu atas lawatan ini. Beliau berharap agar kunjungan ini dapat memberi manfaat kepada penambahbaikan kedua-dua sekolah.


Seterusnya Pengetua SBPI Kubang Pasu Encik Baharudin bin Osman telah dijemput untuk memberi sedikit ucapan. Beliau mengucapkan terima kasih atas kesudian SEMESRA menerima kunjungan SBPI Kubang Pasu dalam kesibukan sekolah.

Beliau berharap agar lawatan ini akan dapat merapatkan hubungan kedua-dua sekolah dalam usaha kedua-dua sekolah mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.


Kemudian Pengetua Kanan SEMESRA telah menyampaikan sedikit maklumat mengenai sekolah dalam sesi perkongsian pintar bersama rombongan SBPI Kubang Pasu. 


Selepas sesi taklimat tersebut, guru-guru serta staf sokongan dari kedua-dua sekolah telah mengambil kesempatan untuk bertukar-tukar fikiran demi kebaikan bersama.


Majlis kemudiannya diakhiri dengan sesi cenderamata dari kedua-dua sekolah.

 cenderamata daripada tuan rumah

cenderamata daripada SBPI Kubang Pasu

Rombongan dari SBPI Kubang Pasu seterusnya telah dibawa melawat ke kawasan sekolah sebelum bertolak pulang.


Terima kasih diucapkan kepada SBPI Kubang Pasu atas lawatan ini. Semoga lawatan ini telah dapat memberi manfaat kepada kedua-dua sekolah.