31 May, 2013

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2013

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah bagi tahun 2013 telah diadakan pada 22 Mei yang lalu. Pada tahun ini, sambutan telah dimulakan dengan acara padang dimana para guru dan pelajar telah sama-sama berkumpul di astaka sekolah pada pukul 8 pagi.


Selepas sesi memanaskan badan, para guru dan pelajar dikehendaki berada di tempat yang telah ditetapkan bagi acara permainan bola jaring, bola tampar serta sukaneka.


Acara padang selesai lebih kurang pada pukul 10 pagi dan selepas rehat, sambutan diteruskan dengan acara dewan.

Guru-guru kemudiannya berarak diiringi dengan paluan kompang ke Dewan Dato' Azam pada pukul 11.30 dengan berpakaian ala Arab bersempena dengan tema sambutan guru pada tahun ini iaitu Arabian.


Selepas bacaan perutusan, ikrar Guru serta nyanyian lagu Kami Guru Malaysia, tibalah masanya pula untuk para pelajar mempersembahkan persembahan mereka.


Kemudian, tibalah masa yang dinanti-nanti oleh para pelajar iaitu persembahan para guru.


Sambutan hari guru peringkat sekolah pada tahun ini juga telah diserikan lagi dengan kehadiran bekas pelajar SEMESRA dari batch Valedictorian yang telah sama-sama hadir untuk memberi penghargaan mereka kepada para guru di SEMESRA.


Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan sambutan hari guru pada tahun ini. Semoga guru-guru SEMESRA akan terus bersemangat untuk terus mendidik para pelajar SEMESRA bagi melahirkan warga Malaysia yang berilmu dan berakhlak mulia.