27 August, 2016

Kem Falak Peringkat Negeri Sembilan 2016

SEMESRA telah berpeluang menyertai Perkhemahan Falak Peringkat Negeri Sembilan yang telah diadakan pada 22 - 24 Ogos yang lalu bertempat di Kem Pusako Hasan Basir, Batu Kikir Negeri Sembilan. Kem ini dianjurkan oleh Unit Falak jabatan Mufti Negeri Sembilan dan perasmian penutup telah disempurnakan oleh Mufti Negeri Sembilan.

Seramai 10 orang peserta SEMESRA bersama-sama dengan 140 peserta dari Kelab Falak sekolah-sekolah Negeri Sembilan telah mengikuti pelbagai aktiviti yang disediakan seperti pemasangan teleskop, cerapan malam, astrofotografi, penentuan arah kiblat, flying fox, memanjat tembok serta pembinaan jam matahari.


Semoga kem ini telah sedikit sebanyak memberi ilmu dan kesedaran kepada semua peserta akan kepentingan ilmu falak ini dalam agama serta kehidupan. Diharapkan ilmu yang diperolehi akan dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.