09 July, 2013

Majlis Perpisahan bagi Guru-guru yang Berpindah

Satu majlis perpisahan telah diadakan pada 4 Julai yang lalu bertempat di Dewan Dato' Hj Azam bagi meraikan guru-guru yang akan bertukar pada bulan Julai ini. 

Pengetua Kanan SEMESRA Puan Hajah Norzila binti Idris dalam ucapannya mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada keempat-empat guru ini atas segala usaha dan budi yang telah dicurahkan kepada bumi SEMESRA. Beliau mendoakan agar guru-guru ini akan terus dapat berkhidmat  dengan cemerlang di tempat yang baru disamping keluarga tersayang.


Seterusnya guru-guru tersebut telah diberi peluang untuk memberikan sepatah dua kata di dalam majlis ini.

Puan Norin Norain bt Zulkifli

Puan Zalika Ainaa bt Raatu

 Encik Muhammad Saufi bin Othman

 
 Encik Muhammad bin Derus

Untuk pengetahuan semua, Puan Norin akan mula bertugas di tempat baharu iaitu SM Sains Banting, Selangor manakala Puan Zalika pula akan bertugas di SMK Ulu Kinta, Perak. Encik Saufi akan bertukar ke Sekolah Alam Shah, Putrajaya manakala Encik Muhammad akan ke Sekolah Muzaffar Syah, Melaka.

Terima kasih diucapkan kepada guru-guru tersebut atas segala jasa kepada warga SEMESRA. Didoakan agar guru-guru ini akan terus dapat berkhidmat dengan cemerlang di tempat yang baru.