08 July, 2013

Kejohanan Olahraga Tahunan SEMESRA Kali Ke-4

Kejohanan Olahraga Tahunan SEMESRA Kali Ke-4 telah berlangsung pada 5 Julai yang lalu dengan jayanya. Kejohanan ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat sukan para pelajar SEMESRA selain daripada menyemai semangat kesukanan dikalangan mereka.

Kejohanan ini telah dimulakan dengan lintas hormat oleh kontinjen-kontinjen rumah sukan. Pada kali ini, terdapat sedikit kelainan apabila unit-unit beruniform juga telah turut sama mengiringi perbarisan masuk kontinjen-kontinjen rumah sukan.

 rumah-rumah sukan

 antara unit-unit beruniform SEMESRA

Selepas ucapan perasmian oleh tetamu jemputan iaitu Tn. Hj Amir Sharifuddin bin Ahmad, Ketua Sektor Pengurusan dan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, kejohanan diteruskan dengan acara-acara sukan. Pencapaian pelajar-pelajar SEMESRA pada kejohanan ini amat cemerlang apabila banyak rekod kejohanan telah berjaya dipecahkan dan diperbaiki.


Selain daripada acara padang, pertandingan khemah sukan juga telah diadakan seperti tahun-tahun yang lalu.


Hadiah-hadiah telah disampaikan kepada semua pemenang. 

 antara pemenang-pemenang pada tahun ini

Untuk kali keempat berturut-turut, rumah Johan Pahlawan telah muncul sebagai Johan Keseluruhan Kejohanan Olahraga Tahunan sementara Perbarisan dan Hiasan Khemah pula telah dimenangi oleh rumah Lela Maharaja.

Berikut adalah senarai atlet terbaik mengikut kategori:

Atlet Terbaik L13 - Muhammad Amerul Syazwan bin Ismail (KP)
Atlet Terbaik P13 - Siti Anisah binti Amran (JP)
Atlet Terbaik L15 - Muhammad Izmeer bin Mud Jaferi (LM)
Atlet Terbaik P15 - Nur Aliya Zulaika binti Azhar (AZ)
Atlet Terbaik L18 - Muhammad Naim bin Zulkilfli (JP)
Atlet Terbaik P18 - Nur Fika Anira binti Yahya (LM)

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Bagi yang kurang berjaya, teruskan usaha agar prestasi akan dapat dipertingkatkan dalam kejohanan akan datang. Majulah sukan untuk SEMESRA.