04 October, 2013

Jemputan ke Majlis Graduasi Tingkatan Lima 2013

Untuk perhatian dan tindakan ibu bapa pelajar-pelajar Tingkatan 5,

Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Sains Rembau akan mengadakan Majlis Graduasi bagi pelajar-pelajar Tingkatan 5 pada ketetapan berikut:

Tarikh   : 10 Oktober 2013 (Khamis)
Tempat  : Dewan Haji Azam, SEMESRA
Masa     : 8.30 malam

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berbesar hati menjemput tuan/puan sebagai tetamu dalam majlis ini. 

Kepada ibu bapa yang dapat hadir ke majlis ini, dimohon untuk membuat pengesahan kehadiran kepada Puan Hamidah bt. Hanib (017 - 239 5121) atau Puan Khafifah binti Asri (013- 796 0516) pada atau sebelum 7 Oktober 2013.

Terima kasih atas perhatian dan tindakan tuan/puan.