11 August, 2017

Majlis Penyerahan Tugas Lembaga Pemimpin Pelajar (LPP)

Hari ini telah diadakan Majlis Penyerahan Tugas Lembaga Pemimpin Pelajar Sesi 2016/2017 di Dewan Dato' Haji Azam kepada barisan LPP bagi Sesi 2017/2018.

Majlis ini dimulakan dengan ucapan terima kasih Ketua Pelajar Sesi 2016/2017 Muhammad Afif Zaim kepada semua wara SEMESRA atas kerjasama dan tunjuk ajar yang telah diberikan kepada barisan LPP bawah pimpinannya. Beliau juga memohon doa bagi pihak rakan-rakan Tingkatan 5 agar mereka berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM kelak.


Pengetua SEMESRA dalam ucapan beliau mengucapkan terima kasih kepada barisan LPP atas komitmen yang telah diberikan. Beliau berharap agar barisan LPP yang baru akan memberikan komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin pelajar.


Seterusnya pengumuman untuk barisan LPP bagi Sesi 2017/2018 pun dibuat oleh En Shafian, HEM SEMESRA. 


Seterusnya penyerahan simbolik dari Ketua Pelajar Sesi 2016/2017 kepada Ketua Pelajar Sesi 2017/2018 Abdul Hadi.


Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada barisan LPP 2016/2017 atas khidmat dan komitmen yang telah diberikan. Allah sahaja yang dapat membalasnya. Didoakan agar semua pelajar-pelajar Tingkatan 5 akan cemerlang dalam SPM yang bakal diduduki tidak lama lagi.

Bagi barisan LPP yang  baru, selamat menjalankan tugas. Tugas ini merupakan amanah yang sangat berat, semoga pemimpin yang telah terpilih dapat menjalankannya dengan baik.