01 July, 2016

Majlis Penyerahan Saham Akhirat dan Penutupan Ihya' Ramadhan

Majlis Penyerahan Saham Akhirat serta Penutupan Ihya' Ramadhan telah diadakan pada hari terakhir persekolahan di Surau An-Nur, SEMESRA.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang bulan Ramadhan ini dan hadiah kepada pemenang-pemenang telah disampaikan oleh PK Kokurikulum SEMESRA, Puan Hasni Bakar.


Dalam ucapan penutup, Pengetua SEMESRA Pn Norzila mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang dan berharap agar Ramadhan yang berbaki beberapa hari ini akan dimanfaatkan dengan baik oleh semua.

Seterusnya Puan Pengetua serta PK Pentadbiran, Cik Sharizan menyampaikan saham akhirat kepada pelajar-pelajar SEMESRA yang memerlukan.


Seterusnya majlis diteruskan dengan sesi bersalam-salaman sebelum bersurai. Terima kasih diucapkan kepada semua penderma yang sudi menyumbang dan berkongsi rezeki dengan pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan. Semoga kita semua akan terus dilimpahkan dengan rezeki dan diredhai olehNya.