05 March, 2015

Majlis Perpisahan Encik Zaili Azmi Mustafa Alfendi

Pada 2 Mac 2015 yang lalu telah diadakan satu Majlis Perpisahan bagi Encik Zaili Azmi bin Mustafa Alfendi di Dewan Dato' Haji Azam. Untuk pengetahuan semua, Encil Zaili yang telah dinaikkan pangkat menjadi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Menengah Dato' Abdul Razak berkuatkuasa 1 Mac 2015.

Majlis dimulakan dengan ucapan terima kasih Pengetua SEMESRA Puan Hajah Norzila binti Idris kepada Encik Zaili atas segala sumbangan dalam membangunkan kokurikulum SEMESRA.

Selepas itu tibalah giliran Encik Zaili untuk memberi ucapan beliau. Beliau mengucapkan terima kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan sepanjang beliau berkhidmat di SEMESRA dan berharap agar kerjasama ini akan dapat diteruskan walaupun beliau berada di sekolah yang lain.

Seterusnya majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan cenderamata dari guru-guru dan pelajar-pelajar SEMESRA.


Terima kasih diucapkan kepada Encik Zaili Azmi atas tenaga dan sumbangan kepada SEMESRA terutamanya dalam bidang kokurikulum. Seluruh warga SEMESRA mendoakan agar Encik Zaili akan terus dapat berkhidmat dengan cemerlang di tempat yang baharu.

1 comments:

musyahir said...

Tahniah Cikgu Zaili Azmi.. Teruskan berkhidmat dengan cemerlang!