18 March, 2015

Majlis Graduasi Pelajar-pelajar Tingkatan 5 2014

Untuk julung kalinya, SEMESRA telah mengadakan Majlis Graduasi bagi meraikan pelajar-pelajar Tingkatan 5 2014. Majlis ini telah diadakan pada 14 Mac yang lalu bertempat di Dewan Dato' Haji Azam.

Para pelajar beserta ibu bapa mereka telah diraikan dalam satu majlis yang gilang gemilang dimana penghargaan dan hadiah telah diberikan kepada mereka yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang baharu sahaja diumumkan.


Dalam majlis ini juga Arsyad bin Asnawi telah diumumkan sebagai Pelajar Terbaik SPM 2014 manakala Ahmad Daniel bin Ibrahim telah dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan SPM 2014.

 Arsyad Asnawi bersama ibu

 Ahmad Daniel bersama ibu dan bapa

 Dua tokoh pelajar terbaik SPM 2014 SEMESRA

Seluruh warga sekolah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Zealous 2014 atas pencapaian mereka bukan sahaja dalam SPM 2014 tetapi juga sepanjang mereka berada di SEMESRA dan semoga pengalaman di SEMESRA akan dijadikan asas untuk terus gemilang di masa hadapan, insyaAllah.