08 July, 2017

Minggu Koperasi Sekolah 2017

Pada 7 Julai 2017 telah diadakan Majlis Penutupan Minggu Koperasi Sekolah bagi tahun 2017. Majlis telah diadakan di Dewan Dato' Hj Azam dan ditutup secara rasmi oleh Cik Sharizan binti Sheikh Osman, Penolong Kanan Pentadbiran SEMESRA.


Pelbagai aktiviti pertandingan telah diadakan sepanjang minggu tersebut seperti Pertandingan Petanque Guru, Pertandingan Mereka Cipta, Lawatan ke Rumah Anak-anak Yatim serta Jualan Gerai.



Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar dan guru yang telah sama-sama menjayakan Minggu Koperasi ini. Semoga dengan adanya Minggu Koperasi ini akan dapat mendidik para pelajar untuk lebih  kreatif, inovatif serta mempunyai semangat keusahawanan yang jitu.