Pada 28 Julai yang lalu telah diadakan Jalinan SEMESRA bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4. Perbincangan 3 penjuru ini bertujuan untuk membincangkan prestasi akademik pelajar-pelajar berdasarkan keputusan peperiksaan Pertengahan Tahun yang lalu.
Terima kasih diucapkan kepada keprihatinan ibu bapa dan penjaga dalam memacu kecemerlangan anak-anak. Sesungguhnya hasil perbincangan dan saranan yang diberi akan dapat membantu pihak sekolah dalam menyediakan program yang efektif dan bersesuaian demi kecemerlangan akademik para pelajar.