04 March, 2016

Prosedur Semak Semula SPM 2015

Untuk perhatian lepasan SPM 2015,

Bagi mana-mana pelajar yang ingin membuat semakan semula keputusan SPM 2015, anda boleh berbuat demikian dalam tempoh 30 hari selepas pengumuman keputusan dibuat. 

Borang Semak Semula/Kes T boleh didapati di sekolah, Unit/Sektor Penilaian dan Peperiksaan JPNS, kaunter semak semula di Lembaga Peperiksaan Malaysia Putrajaya atau boleh melayari web Lembaga Peperiksaan di http://lp.moe.gov.my. Borang juga boleh dimuat turun di pautan ini
https://www.scribd.com/doc/86653474/Borang-an-Semak-Semula-Dan-Kes-t

Urusan permohonan ini boleh dibuat sendiri atau dengan bantuan pihak sekolah. Jika permohonan hendak diuruskan sendiri, pelajar perlu mendapatkan cop pengesahan daripada pihak sekolah sebelum borang dihantar. Bagi yang memerlukan bantuan pihak sekolah, sila bawa bersama salinan keputusan SPM 2015 bersama salinan slip keputusan peperiksaan percubaan.

Bayaran sebanyak RM100 akan dikenakan bagi setiap subjek yang hendak disemak semula. Jika ada-apa pertanyaan, pelajar boleh merujuk kepada Setiausaha Peperiksaan iaitu Puan Siti Normizah binti Ngatenah.

Sekian, harap maklum.