01 March, 2012

Kursus Kepimpinan Kokurikulum 2012

Pada 25 Februari yang lalu, Unit Kokurikulum SEMESRA telah menganjurkan satu Kursus Kepimpinan Kokurikulum bertempat di Pusat Sumber Sekolah (PSS). Peserta-peserta kursus adalah terdiri daripada semua pengerusi dan setiausaha badan-badan beruniform, kelab-kelab dan persatuan-persatuan yang ada di SEMESRA.


 Kursus satu hari ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar bagaimana untuk mengendalikan persatuan/kelab/unit beruniform mereka dengan lebih baik. 

Slot pertama kursus telah dikendalikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum En. Zaili Azmi b Mustafa Alfandi. Beliau telah memberi penerangan kepada para pelajar mengenai definisi mesyuarat dan apa fungsi sesuatu mesyuarat. Para pelajar juga telah didedahkan kepada cara-cara pembinaan kertas kerja dan kertas cadangan.



Kemudiannya, Cik Suriawati Jani pula telah meneruskan kursus dengan memberi penekanan mengenai tanggungjawab setiap ahli jawatankuasa bagi setiap unit. Sistem fail juga telah diperkenalkan kepada para peserta kursus agar unit  kokurikulum mereka dapat berfungsi dengan baik dan teratur.

 

Seterusnya Cik Riyanti Abdullah Sani telah memberi penerangan kepada perserta-peserta kursus mengenai hal pengurusan kewangan yang merupakan nadi kepada sesuatu unit kokurikulum. Para peserta kemudiannya telah diberi latihan praktikal bagaimana untuk menyediakan akaun kewangan bagi unit masing-masing.


Di akhir kursus, para peserta telah menerima sijil kursus yang telah disampaikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum SEMESRA.

 
 bergambar kenangan 

Semoga kursus ini telah berjaya membantu para peserta dalam merancang dan melaksanakan aktiviti bagi unit masing-masing. Diharapkan agar ilmu yang telah dipelajari akan dapat dipraktikkan bersama-sama demi kecemerlangan kokurikulum sekolah ini.