27 March, 2012

Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kali Kedua

Mesyuarat Agung PIBG Kedua Sekolah Menengah Sains Rembau telah diadakan dengan jayanya pada 25 Mac yang lalu bertempat di Dewan Dato' Azam. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Adun Kawsan Kota, Dato' Dr. Hj Awaluddin bin Said DSNS., ANS., PMC.

Sebelum mesyuarat agung ini bermula, pada sebelah paginya para ibubapa telah sama-sama menjayakan Program 1 Keluarga 1 Buku bagi menambahkan bilangan buku di Pusat Sumber Sekolah serta Program 1 Keluarga 1 Pokok bagi menceriakan lagi kawasan sekolah.

 antara pokok-pokok yang telah disumbangkan oleh para ibu bapa


antara buku-buku yang disumbangkan kepada Pusat Sumber SEMESRA

Tepat pada pukul 11 pagi, mesyuarat PIBG pun dimulakan. Selepas pembentangan aktiviti serta kewangan, mesyuarat diteruskan dengan pemilihan ahli jawatankuasa yang baru.

Mesyuarat sebulat suara telah bersetuju untuk mengekalkan Tn. Hj. Dahalan bin Abdullah  sebagai Yang Dipertua sementara En. Lukman bin Ramli telah dilantik sebagai Naib Yang Dipertua PIBG yang baru.

barisan ahli jawatankuasa

Pelbagai isu dan cadangan telah dibincangkan demi kebaikan anak-anak di SEMESRA. Diharapkan kerjasama yang lebih utuh dapat dibina antara ibu bapa dan staf-staf sekolah demi kecemerlangan para pelajar SEMERA.