02 March, 2013

Kejohanan Catur Peringkat MSS Negeri Sembilan 2013

Tahniah diucapkan kepada pasukan catur SEMESRA yang telah melakar kejayaan yang cemerlang di peringkat negeri. Kejohanan Catur Peringkat Negeri telah diadakan bermula 26 Februari sehinggalah 1 Mac yang lalu bertempat di SMK Hj Hassan Sail, Pedas.

Seramai 10 pelajar SEMESRA telah dipilih untuk mewakili daerah Rembau dalam kejohanan ini.


Berikut adalah keputusan kejohanan:

Kategori Lelaki B15
i.  Johan Kumpulan
ii. Muhammad Fikri bin Farizal (Tempat Kedua Individu)

Kategori Perempuan B15
Tempat Ketiga Kumpulan

Kategori Perempuan B18
i.Tempat Keempat Kumpulan
ii. Anisah Najwa bt Kamaluddin (Tempat Ketiga Individu)



Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada pasukan catur sekolah kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat Negeri. Semoga pasukan ini akan terus melakar kejayaan gemilang demi memajukan sukan catur di SEMESRA.