25 March, 2013

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SEMESRA 2013 Kali Ke-3

Pada 22 Mac yang lalu telah diadakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Sains Rembau Kali Ketiga di Dewan Besar Dato' Haji Azam. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Azali bin Hashim, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Rembau.


Dalam ucapannya, Encik Azali mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa yang hadir dalam mesyuarat ini. Beliau menyatakan bahawa peranan dan suara ibu bapa adalah amat penting bagi membantu sekolah dalam mencapai kecemerlangan baik dari segi akademik mahupun ko-kurikulum.

Beliau berharap agar ibu bapa SEMESRA akan terus memberikan sokongan padu dan bantuan kepada pihak sekolah demi kebaikan anak-anak.


Mesyuarat ini telah memberi peluang kepada pihak sekolah untuk memberi maklumat mengenai program-program yang telah dan akan dijalankan oleh pihak sekolah. Ibu bapa juga telah berkesempatan untuk bertanya dan mengemukakan pandangan bagi kebaikan bersama.


Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang telah hadir ke mesyuarat ini. Semoga tuan-tuan dan puan-puan akan terus memberi sokongan kepada pihak sekolah dalam usaha membentuk generasi SEMESRA yang gemilang.

0 comments: