09 March, 2013

Kejohanan Memanah MSS Negeri 2013

Kejohanan Memanah Peringkat MSS Negeri Sembilan telah diadakan pada 4-7 Mac yang lalu bertempat di Padang SMK King George V, Seremban. SEMESRA telah menghantar seramai 9 orang wakil untuk bertanding dalam kejohanan ini.


Pemain-pemain telah mempamerkan persembahan yang baik dan berjaya menempatkan diri di kalangan yang terbaik. Persembahan yang baik dari pasukan perempuan bawah 18 telah berjaya menempatkan mereka di kedudukan tempat ketiga keseluruhan.

Tahniah diucapkan kepada wakil SEMESRA yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah. Semoga pasukan memanah sekolah akan lebih cemerlang di kejohanan-kejohanan yang akan datang.

0 comments: