10 March, 2013

Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Rembau 2013

Pada 6 Mac yang lalu, Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah telah diadakan di SMK Dato' Haji Adnan. Beberapa pertandingan seperti pidato piala diraja, bahas ala parlimen dan bicara berirama telah dijalankan.

SEMESRA telah menghantar wakil bagi menyertai pertandingan pidato dan bicara berirama.


Tahniah kepada Ameera Irisha bt Idrus yang telah berjaya menjadi Johan dalam pertandingan pidato diraja. Dalam pertandingan bicara berirama pula, sekali lagi wakil SEMESRA telah berjaya mengharumkan nama sekolah dengan muncul sebagai Johan. Turut membanggakan apabila konduktor pasukan bicara berirama SEMESRA iaitu Mohd Ashril bin Mazlan telah dinobatkan sebagai konduktor terbaik.


Tahniah sekali lagi diucapkan kepada wakil SEMESRA. Diharapkan agar mereka akan terus berjaya memberikan persembahan terbaik di  Karnival Peringkat Negeri tidak lama lagi.