16 March, 2013

Kejohanan Olahraga MSS Daerah Rembau 2013

Tahniah diucapkan kepada kontingen olahraga SEMESRA yang telah mempamerkan aksi yang cemerlang dan komitmen yang tinggi dalam Kejohanan Olahraga MSS Daerah Rembau baru-baru ini.

SEMESRA merupakan tuan rumah bagi temasya olahraga daerah pada tahun ini yang telah diadakan di Padang SMK Undang Rembau (URES) dari 12 sehingga 15 Mac 2013.

Kontingen SEMESRA telah berjaya meraih sebanyak 15 emas, 19 perak dan 19 gangsa pada kejohanan ini yang merupakan peningkatan yang amat baik berbanding dengan kutipan sebanyak 7 emas pada tahun lepas. Bilangan 15 pingat emas ini telah meletakkan SEMESRA di tempat kedua secara keseluruhan di belakang URES. 

Walau bagaimanapun, SEMESRA telah berjaya mengatasi URES dalam jumlah pungutan pingat iaitu sebanyak 53 pingat.

Gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang kejohanan berlangsung:


Antara gambar atlet-atlet SEMESRA yang berjaya mencapai kejayaan


 Semasa majlis penutup kejohanan


Tahniah sekali lagi diucapkan kepada kontingen olahraga sekolah. Semoga akan terus berjaya di kejohanan-kejohanan akan datang.

Tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar SEMESRA yang telah menyumbang tenaga dalam memastikan kejohanan kelolaan sekolah berjalan dengan jayanya. Sekalung penghargaan dan terima kasih buat semua.