01 March, 2013

Kejohanan Ragbi Bawah 18 MSS Negeri Sembilan 2013

Pada 22 Februari sehingga 1 Mac 2013 yang lalu telah berlangsung Kejohanan Ragbi MSS Negeri Sembilan di Kuala Pilah. SEMESRA telah menghantar pasukan ragbi sekolah untuk mengambil bahagian.

Pasukan Lycan SEMESRA telah beraksi dengan cemerlang dalam kejohanan ini. Mereka berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir selepas menumpaskan semua lawan dalam kumpulan mereka dengan mata kemenangan yang besar.

Pada peringkat suku akhir, SEMESRA telah menewaskan MRSM Kuala Klawang seterusnya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir. Pada peringkat ini, SEMESRA sekali lagi berjaya menumpaskan pihak lawan iaitu Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja dan seterusnya menempah satu tempat ke pusingan akhir.

Perlawanan akhir ragbi MSSNS Divisyen 2 melibatkan SEMESRA dan SM Teknik Kuala Klawang. Namun begitu, nasib tidak menyebelahi pasukan ragbi SEMESRA apabila terpaksa berpuas hati di tempat kedua. Dengan kejayaan ini, SEMESRA telah berjaya untuk naik ke Divisyen 1 pada tahun 2014.


Tahniah diucapkan kepada pasukan ragbi sekolah. Semoga pasukan ini akan terus dapat memberikan persembahan hebat dalam kejohanan-kejohanan ragbi akan datang.