11 March, 2013

Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) Zon Selatan 2013

Pada 7 hingga 10 Mac yang lalu, telah diadakan Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh Zon Selatan di SM Sains Sultan Iskandar, Mersing. SEMESRA telah menghantar pasukan bola keranjang lelaki dan perempuan untuk menyertai HKSBP ini.


Dalam pertandingan ini, pasukan bola keranjang perempuan SEMESRA beraksi baik dan berjaya menjadi naib johan kumpulan namun gagal untuk mara ke pusingan seterusnya selepas tewas kepada Sekolah Tun Fatimah (STF).

Pasukan bola keranjang lelaki SEMESRA pula beraksi cemerlang dan berjaya menempah tiket di pusingan separuh akhir untuk bertemu dengan Sekolah Menengah Muzaffar Syah (MOZAC). Walau bagaimanapun SEMESRA tewas tipis dengan jaringan 24 berbalas 26. Keputusan akhir, pasukan lelaki SEMESRA berkongsi menduduki tempat ketiga bersama SM Sains Kota Tinggi.


Sekalung tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan yang berjaya mempamerkan persembahan yang baik sepanjang pertandingan berlangsung. Semoga pasukan bola keranjang SEMESRA akan terus berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih baik di masa hadapan.