Pada hari Isnin bersamaan 4 Februari yang lepas telah diadakan perjumpaan Mentor-Mentee buat kali pertama bagi tahun ini. Selepas nyanyian Negaraku, para pelajar telah dikehendaki bergerak ke kamar masing-masing untuk perjumpaan dengan mentor mereka.
Setiap kamar telah diberikan mentor masing-masing dan pada perjumpaan kali ini, sesi taaruf telah dijalankan agar mentor dan mentee dapat mengenali antara satu sama lain. Selain itu, ahli-ahli kamar juga diminta untuk mengisi butiran peribadi untuk simpanan mentor.
Semoga program mentor-mentee ini akan dapat membantu para pelajar dalam menyelesaikan masalah yang mungkin mereka hadapi baik di sekolah mahupun di asrama.