02 February, 2013

Malam Penutup Majlis Silaturrahim Tingkatan 4

Jumaat bersamaan 1 Februari yang lalu telah diadakan Malam Penutup Majlis Silaturrahim bagi pelajar-pelajar Tingkatan 4 yang baru. Sepanjang Minggu Silaturrahim ini, para pelajar telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti bagi membantu mereka dalam menyesuaikan diri dengan kehidupan berasrama.


Untuk Malam Penutup ini, pelajar-pelajar baru Tingkatan 4 telah ini telah menyediakan persembahan-persembahan menarik untuk tetamu yang hadir.



Kumpulan pelajar perempuan telah diisytiharkan sebagai pemenang persembahan pada malam tersebut.


Tahniah kepada semua para pelajar Tingkatan 4 yang baru kerana berjaya memberikan persembahan terbaik walaupun menghadapi masalah kekangan masa. Diharapkana agar semua para pelajar Tingkatan 4 yang baru ini telah pun dapat menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran dan kehidupan di sini.