20 February, 2013

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Lembaga Pemimpin Pelajar 2013

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Lembaga Pemimpin Pelajar Sesi 2013 telah diadakan pada 18 Februari yang lalu di Dewan Dato' Hj Azam. Majlis bermula pada pukul 1.30 petang dan tetamu kehormat bagi majlis ini ialah Tuan Zamrus bin Zainal, Ketua Balai Bomba Daerah Rembau.


Pengetua Kanan SEMESRA Puan Hjh Norzila binti Idris dalam ucapan alu-aluannya berharap agar barisan pemimpin pelajar yang telah dilantik akan dapat menjalankan tugas mereka dengan cemerlang sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.


Seterusnya ucapan oleh perasmi Tuan Zamrus bin Zainal. Beliau mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang telah dilantik sebagai Pemimpin Pelajar sekolah ini. Beliau menegaskan disiplin dan amanah adalah sangat penting dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan.


Seterusnya Tuan Zamrus telah menyampaikan watikah perlantikan kepada barisan Lembaga Pemimpin Pelajar yang telah dilantik.

Ketua Pelajar Asnawi bin Mohd Tan

Penolong Ketua Pelajar Nur Syafiqa binti Md Din

Timbalan Ketua Pelajar Muhammad Aliff Farhan bin Aerosni

Antara gambar pemimpin pelajar yang diberi watikah perlantikan dalam majlis tersebut:



Selepas selesai penyerahan watikah perlantikan kepada semua pemimpin pelajar, Ketua Pelajar SEMESRA telah mengetuai bacaan ikrar Lembaga Pemimpin Pelajar.


Sesudah itu, ikrar kemudiannya telah diserahkan kepada Pengetua SEMESRA, Puan Hjh Norzila binti Idris.


Tahniah diucapkan kepada semua pemimpin pelajar yang baru dilantik. Diharapkan agar pemimpin-pemimpin pelajar SEMESRA akan dapat menjalankan tugas dengan amanah, ikhlas dan penuh tanggungjawab.