01 February, 2013

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah 2013

SEMESRA telah menghantar  pelajar untuk menyertai Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah Rembau yang berlangsung pada 31 Januari baru-baru ini.


Dalam kejohanan ini, pelajar-pelajar SEMESRA telah berjaya menjadi Johan bagi Kategori Perempuan Bawah 15 dan 18 tahun.



SEMESRA juga telah berjaya menjadi Johan Keseluruhan bagi Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah bagi tahun 2013.


Piala pusingan kejohanan telah diserahkan kepada Pengetua Kanan SEMESRA pada perhimpunan pagi Jumaat.


Gambar kontinjen SEMESRA ke Kejohanan Merentas Desa Daerah Rembau 2013


Dengan kejayaan ini, seramai 10 pelajar SEMESRA telah dipilih untuk mewakili daerah Rembau ke Kejohanan Merentas Desa Peringkat Negeri yang akan berlangsung di SMK Pasir Panjang, Port Dickson pada 6 Februari nanti.

Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang terlibat dan selamat berjaya dalam kejohanan peringkat negeri nanti.